ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday 2 April 2007

RATU CANTIK PESTA PORT DICKSON 1989

Hari ini aku ingin mengimbas kenangan semasa Pesta Port Dickson 1989. Kenapa 1989?. Mungkin itulah pertanyaan yang berlegar difikiran pembaca semua. Jawapanya adalah kerana pada tahun tersebutlah aku dinobatkan sebagai Ratu Cantik Pesta Port Dickson.


Coretan ini bukanlah untuk bermegah diri, kerana aku sudah lama meninggalkan bidang ini. Tapi mungkin ada sesetengah pengalamanku di dalam bidang ini boleh di jadikan panduan dan teladan.


Antara peserta yang memasuki pertandingan Ratu Cantik Pesta Port Dickson 1987. Empat dari kiri adalah pelakon Azah Aziz.


Gambar aku yang menggayakan pakaian tradisional pada malam pertandingan akhir tersebut.



Saat-saat aku dinobatkan sebagai Ratu Cantik Pesta Port Dickson 1987.


Sesi fotografi selepas kemenangan tersebut untuk akhbar-akhbar harian. Pada 8 Ogos 1989 gambarku tersiar disemua akhbar harian.


Pengacara pada malam tersebut, DJ terkenal Ainol Jamal Zainal.


Tetamu kehormat yang hadir pada malam tersebut iaitu Dato’ Sabaruddin Chik, Menteri Kebudayaan dan Pelancongan dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Menteri Besar Negeri Sembilan dan isteri Puan Seri Hajjah Hazizah Haji Mohd Tumin.


Turut hadir ialah Datuk Sarimah Ahmad dan suami Senator Dr. Nordin Selat.


Aku dijemput menyampaikan cenderahati di Majlis Santapan Diraja sempena perlantikan D.Y.M.M. Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus sebagai Timbalan Yang Dipertuan Agong ke IX.


Selepas kemenangan tersebut aku sebenarnya mendapat banyak undangan untuk menjadi model dan juga cover majalah. Tetapi kerana menghormati pandangan seseorang yang kini menjadi suamiku, aku menolak kesemuanya.

Aku masih ingat lagi kata-katanya, kecantikan itu bukanlah kekal abadi tetapi yang kekal abadi adalah kecantikan HATI.

Kerana keikhlasannya, aku Kemudian mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada usia yang agak muda (19 tahun) dan terus menyambung pengajian sehingga ke peringkat ADBM. Pada masa itu juga suamiku menyambung pengajian peringkat master.

Kemudiannya kami ke Tanah Suci mengerjakan Umrah dan selepas kembali dari tanah suci aku mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya.

Apabila diimbas kembali, aku pun tidak tahu dimana aku sekarang, sekiranya aku meneruskan dunia glamourku dulu. Tetapi hikmahnya kerana pertandingan tersebut juga lah kami dipertemukan.

Alhamdulillah, sekarang kami hidup aman bahagia di kelilingi enam cahaya mata dan InsyaAllah pada tahun ini kami akan menyambut cahaya mata yang ketujuh.....

2 comments:

Anonymous said...

wah.. bekas ratu cantik...

Unknown said...

Dahsyat tu.. patut la Akak ni pandai "jaga".... still nampak cun.. ;)