ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday 31 January 2007

JKUPM vs PUD'PS (SIRI 3)

Hari ni aku nak cerita tup! tup! aku dapat surat panggilan ke mesyuarat AJK persatuan baru ni. Lagi aku terperanjat, rupa-rupanya aku ni adalah AJK persatuan baru ni. Tak tahulah kalau tersalah cetak nama aku. Sampai ke hari ni belum ada seorang pun yang memberitahu aku berkenaan perkara tersebut. Surat perlantikan pun aku tak terima. Fikir punya fikir aku siapkan surat untuk tarik diri. Aku tak tahu macamana nak mengadap muka-muka mereka yang dulu langsung tak nak join persatuan. Tetapi selepas berjumpa pegawai MARA aku terpaksa tangguhkan hasrat tersebut kerana kata pegawai MARA dia yang sarankan nama aku dan nama Kak Zauyah (Naib Pengerusi JKUPM) sebagai AJK persatuan baru ni. Tapi yang aku tengok hanya nama aku saja yang ada tapi nama Kak Zauyah tak ada pulak. Aku confuse lagi! Macamana saranan pegawai MARA pun diaorang tak nak ikut. Bab MARA ni aku kena tabik, Mereka ni tak jemu-jemu melayan kerenah peniaga melayu ni. Dah la bagi sewa premis dengan harga murah, bagi tunjuk ajar lagi, bagi nasihat dan kursus-kursus yang percuma pulak tu, cuma usahawan melayu saja yang liat nak hadir. Aku pun tak tahu apa lagi perancangan MARA untuk mengubah orang melayu ni, kalau aku jadi MARA pun mungkin aku dah lama give up!. Seperti kata bekas PM kita, semasa pemerintahannya semua benda dia boleh buat kecuali satu iaitu untuk mengubah mentaliti orang melayu. Sebab tu lah dia asyik dok nangis semasa akhir-akhir pemerintahannya.

JKUPM vs PUD'PS (SIRI 2)

Aku jadi rimas, kelirupun ada, siapa yang tak takut kalau penyewaan tidak dapat disambung kerana disinilah satu-satunya punca rezeki aku, nanti macamana aku nak sekolahkan anak aku, itu belum fikir lain-lain perbelanjaan. Penyewa-penyewa lain juga gelisah, mereka asyik datang tanya aku berkenaan perkara tersebut, sedangkan aku pun tak tahu apa-apa, akhirnya aku ambil inisiatif jumpa pegawai MARA untuk bertanyakan perkara tersebut. Selepas diberikan penerangan barulah aku faham sikit.Pegawai MARA sebenarnya tak puas hati dengan JKUPM yang tidak ada aktiviti dan tidak didaftarkan dengan ROS. Aku bersetuju sangat dengan pegawai MARA, memang betul JKUPM tak didaftarkan dan tidak ada aktiviti semenjak setahun yang lepas iaitu selepas mendapat anugerah persatuan penyewa terbaik MARA bagi peringkat Negeri Sembilan kerana keaktifannya setahun sebelum itu. Aku tahu sebelum dapat anugerah tersebut kita memang aktif, banyak aktiviti yang kita jalankan tetapi sebenarnya kita tak dapat kerjasama daripada semua penyewa. Kalau kita masih ingat lagi masa JKUPM membantu MARA mengadakan Karnival Jualan, kita telah disabotaj dengan berbagai cara oleh ahli-ahli kita sendiri, kon jalan yang kita letakkan disepak ke longkang, masa tu pengarah MARA pun ada. Masa pembinaan longkang besar dan landskap dihadapan premis, mereka juga menghantar memorandum bantahan kepada MPPD dan YB ADUN Bagan Pinang. YB pun mungkin dah lupa. Kata mereka kerja-kerja tu mengganggu perniagaan tanpa memikirkan kebaikan di masa hadapan. Sekarang bila dah siap, banjir pun dah tak ada, landskap pun dah cantik mereka semua diam, inilah yang dikatakan mentaliti pembangkang, anti-pembangunan yang menggunakan isu jangka pendek yang kemudiannya memakan diri mereka sendiri. Aku juga setuju dengan persatuan baru ni yang akan didaftarkan dan namanya pun kena dengan penjenamaan semula premis MARA kepada D’MARA.Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan pengerusi JKUPM iaitu Tuan Haji Jamal Abdul Nasir bin Bakar malas untuk adakan aktiviti. Bila panggil mesyuarat diaorang tak datang, bila buat aktiviti diaorang pun tak datang. Sebenarnya diaorang ni bukan nak aktiviti tetapi berebut nak kan jawatan yang tak bergaji ni. Tuan Haji Jamal pernah berkata pada aku, lebih senang menjaga persatuan peringkat nasional daripada menjaga ahli-ahli JKUPM, politikingnya mengalahkan parti politik. tahun ni pulak insyaAllah tahun pilihanraya, aku gerenti masa pilihanraya nanti lagi haru biru. Cerita pasal Tuan Haji Jamal ni aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih kerana sepanjang aku menjadi setiausaha JKUPM aku telah banyak belajar macamana untuk mentadbir persatuan. Beliau sebagai Naib Presiden Persekutuan Lawn Bowl Malaysia yang mana presidennya adalah YBHG. Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Sarji nakkan JKUPM sama standardnya dengan Persekutuan Lawn Bowl Malaysia. Oleh itu surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, lapuran aktiviti dan juga lapuran tahunan mestilah perfect.

JKUPM vs PUD'PS (SIRI 1)

Alkisahnya tempat aku berniaga ni ada lah satu persatuan yang diberi nama Jawatankuasa Usahawan Premis MARA Batu 4, Port Dickson atau penyewa selalu sebut JKUPM. Persatuan ni dah lama dah, masa ditubuhkan dulu aku masih budak-budak lagi, berhingus lagi, maklumlah 23 tahun yang lepas. Nak dijadikan cerita akulah Setiausahanya yang terakhir kerana persatuan tersebut telah dikuburkan sebelum talkinnya dibacakan.Ceritanya macam ni, dalam masa sebulan lepas aku mengikuti suami aku balik kelantan, kebetulan anak aku tiga orang bersekolah disana, jadi sambil rehatkan badan aku dapatlah hantar diaorang ke sekolah sekali. Lebih kurang seminggu disana aku pun balik PD dan biasalah mula berniaga balik. Tetapi yang menyebabkan aku terperanjat beruk adalah tiba-tiba aku diberitahu oleh peniaga-peniaga, disini telah ada persatuan baru dengan pengerusi dan AJK yang baru. Pada mulanya aku menyangkakan JKUPM telah dirampas kuasa kerana Pengerusinya bukan lagi penyewa disini tetapi bila aku dapat surat jemputan kemesyuarat bagi membincangkan aktiviti persatuan baru ni barulah aku tahu rupanya persatuan ini adalah persatuan baru yang tiada kena mengena dengan JKUPM. Tapi yang tak sedapnya mereka siap ugut aku lagi sekiranya tak hadir mesyuarat atau tak hadir aktiviti persatuan baru ni aku tak dapat nak sambung penyewaan dengan MARA. Akhir-akhir ini mereka ugut lagi dengan mengatakan kena dapat tandatangan persatuan kalau nak sambung penyewaan dengan MARA. Hebat sungguh persatuan baru ni, mengalahkan MARA pula.Aku jadi hairan bin ajaib sebab mereka ni lah dulu yang tak pernah hadir mesyuarat dan aktiviti JKUPM. Masa nak tubuhkan persatuan baru ni tak jemput aku pun tapi bila semua dah selesai baru nak jemput. Orang lain aku tak tahu, samada semua kena jemput atau dia jemput group dia dan penyewa-penyewa baru yang tak tahu apa-apa sahaja, sebab ramai AJK JKUPM jumpa aku mereka kata merekapun tak tahu apa-apa berkenaan persatuan baru ni!. Tup! Tup! dah tubuh. Nama persatuan tersebut adalah Persatuan Usahawan D’MARA Pantai Saujana.Beradab ke buat macam ni? Tubuh persatuan baru tanpa adanya perbincangan dengan AJK persatuan lama. Walaupun persatuan ini tiada kena mengena dengan persatuan lama tetapi ahlinya tetap orang yang sama. Walaubagaimanapun aku tak adalah hairan sangat sebab ini bukan pertama kali diaorang gunakan taktik kotor macam ni.

Monday 29 January 2007

SYABAS UMNO! TAHNIAH PAK LAH!

Pilihanraya Batu Talam telah selesai, BN sekali lagi menang besar, Ini telah membuktikanbahawapertamanya rakyat tidak terpengaruh dengan kritikan-kritikanyang telah dilemparkan terhadap Pak Lah dan kerajaan. Keduanya usaha-usaha pembangkang untuk mempengaruhi rakyat memboikot pilihanraya tidak berhasil. Ketiganya menampakkan sokongan kepada UMNO dan Pak Lah semakin bertanbah. Sekarang Pak Lah bolehlah teruskan dengan perancangan RMK-9 tanpa mempedulikan kritikan tersebut. Biarlah apa orang nak kata tetapi kalau niat Pak Lah ikhlas untuk berbakti kepada Agama, bangsa dan negara, InsyaAllah Tuhan Yang Maha Esa akan memberikan petunjuk dan kekuatan. Biarlah mereka yang mengkritik Pak Lah dengan agenda mereka masing-masing kerana kita ada agenda yang lebih besar menunggu dihadapan. Rakyat sekarang telah dapat menilai yang mana benar dan yang mana salah, Sikap Pak Lah yang tidak menjawab kritikan-kritikan tersebut dan tidak suka bermusuh telah menunjukkan keikhlasan Pak Lah yang sebenarnya. Teruskan bekerja Pak Lah, InsyaAllah kita akan menang besar di dalam pilihanraya umum nanti.
Sehingga jumpa lagi Syabas UMNO dan Tahniah Pak Lah atas kemenangan Batu Talam. Teruskan khidmat bakti untuk rakyat.