ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Saturday 31 March 2007

PORT DICKSON : TANAH TUMPAH DARAH KU


PORT DICKSON….Disnilah tempat aku lahir dan dibesarkan. Walaupun selepas berumahtangga aku sempat merantau buat seketika, tetapi akhirnya disinilah tempat aku kembali dan mencari rezeki.


Aku sebenarnya begitu bersyukur kerana telah dilahirkan di tempat yang seindah ini. Tempat yang telah diberikan jolokan Pantai Peranginan Negara.

Di kala semua orang mengagumimu, aku kadang-kadang terlepas pandang tentang keindahanmu. Maafkan ku….

Di petang-petang beginilah selalunya aku terkenang seribu kenangan pahit dan manis yang telah aku lalui dibumi bertuah ini. Aku selalu terkenang zaman kanak-kanak ku yang sentiasa riang disayangi kedua ibu dan bapaku.

Di zaman tersebut, di sinilah tempat aku bermain, di pantai inilah aku dan rakan-rakan sebaya selalu berkejaran dan mandi-manda menghabiskan masa yang terluang.

Tetapi sekarang aku jarang benar ke pantai, aku pun tak tahu kenapa. Di saat ramai pengunjung mengunjungi dan bermandi-manda di pantai, aku rasa semua itu sudah tiada erti bagiku, mungkin kerana usia yang semakin meningkat agaknya, atau kerana kita selalu nampak kuman di seberang lautan.

Aku rasa, zaman kanak-kanaklah masa yang paling seronok di dalam hidup ku. Pada masa itu aku tidak dibebani dengan sebarang rasa tanggungjawab. Setiap hari apa yang aku fikirkan adalah keseronokan.

Bila aku memasuki alam persekolahan, keadaannya tetap sama. Setiap hari apa yang aku fikirkan adalah duit belanjaku dan kelengkapan sekolah yang harus disediakan oleh kedua-dua ibu dan bapaku, tanpa aku memikirkan betapa susahnya mereka mencari nafkah untuk menyediakan itu semua kepadaku.

Bila memasuki alam remaja, keadaan tidak banyak berubah, aku selalu mengharapkan segala-galanya disediakan oleh ibu dan bapaku. Pada masa itu aku tak sedar, bagai mana sukarnya mereka melayan kerenahku.



Sekarang bila berumahtangga dan mempunyai anak-anak yang telah besar dan terpaksa melayan kerenah mereka, barulah aku faham bagaimana susahnya kalian berdua membesarkanku.


Bagaimana susahnya aku membesarkan anak-anakku menjadi seorang insan, begitulah agaknya kesusahan kalian berdua membesarkan aku dulu.

Untuk mak dan abah, Tika sebenarnya ingin memanjatkan kesyukuran kerana kalian berdua telah berjaya membesarkan Tika menjadi seorang insan. Walaupun kadang-kadang tingkah lakuku seperti tidak menghormati kalian berdua, tetapi percayalah tindakan tersebut bukannya datang dari hatiku.

Hatiku sebenarnya sangat-sangat menghormati dan menyayangi kalian berdua, seperti mana aku mengharapkan anak-anakku menghormati dan menyayangi diriku.

Ampunkanlah diriku sekiranya telah banyak melukakan kalian berdua. Jasa kalian tidak akan terbalas oleh ku. Hanya Allah yang akan membalasnya.

Untuk anak-anakku, sekiranya kalian terbaca coretan mama ini, ketahuilah bagaimana susahnya mama membesarkan kalian semua. Mama telah memberikan segala yang terdaya mama lakukan, hanya untuk membesarkan kalian semua, menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

Sekiranya kalian semua tidak mengerti kesusahan mama membesarkan kalian, mama faham, kerana dulupun mama tidak mengerti kesusahan atuk dan nenek kalian membesarkan mama. Tetapi kalian akan faham juga nanti, apabila kalian semua sudah mempunyai anak masing-masing.

Akhir kata, oh! Port Dicksonku, walau sesukar mana hidup ini….. disinilah aku berdiri…dan akan terus berdiri… kerana disinilah terletaknya tanah tumpah darahku…..

Thursday 29 March 2007

KERETA API LAJU PATUT BERAKHIR DI JOHOR BAHRU

Hari ini (29 Mac 2007) Utusan Malaysia melaporkan beberapa ahli Parlimen berpendapat kepentingan Negara khususnya rakyat di negeri Johor perlu diutamakan dalam membuat keputusan berhubung cadangan pembinaan kereta api laju Kuala Lumpur-Singapura.

Sambil tidak menolak cadangan itu, mereka menegaskan, kesannya kepada rancangan pembangunan koridor selatan yang melibatkan pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) perlu diambil kira.

Sehubungan dengan itu mereka berpendapat, jalan terbaik bagi memastikan manfaatnya dinikmati oleh rakyat dan Negara adalah dengan memastikan perkhidmatan kereta api laju berkenaan berakhir di Johor Bahru dan bukannya Singapura.

Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad yang mempersoalkan kewajaran penglibatan Singapura dalam projek tersebut berkata “Singapura pernah menolak cadangan pembinaan jambatan baru ke sana tetapi kini (apabila merasa projek kereta api laju itu menguntungkan mereka), maka mereka mahu projek kereta api laju ini berhenti di republik itu”.

Datuk Shahrir berpendapat kerajaan perlu berjaga-jaga dalam memikirkan program pembangunan agar tidak menjadi bahan ketawa.

Sementara itu ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata, dengan berhenti di Johor Bahru, kerajaan dapat mengelak satu lagi perundingan dengan Singapura. Kita masih banyak urusan yang tertangguh. Selesaikan yang tertangguh dulu dan baru buka urusan baru.

Pada pandangan saya, kita perlu serik untuk berunding dengan Singapura. Sudah banyak pengajaran yang kita terima bila melakukan perundingan dengan mereka. Singapura hanya akan bersetuju dengan kita apabila sesuatu projek tersebut lebih menguntungkan mereka.

Mereka terlalu ego dan merasakan mereka lebih terkehadapan daripada kita. Mereka tidak dapat menerima kenyataan Negara-negara jiran mereka membangun dengan pesat. Dengan mengambil contoh jambatan bengkok, projek berkenaan sebenarnya memberikan keuntungan kepada kedua-dua buah negara tetapi mereka tidak bersetuju kerana kita mendapat untung yang lebih daripada mereka.

Kita sepatutnya melihat contoh bagaimana dua Negara jiran kita iaitu Indonesia dan Thailand telah mengajar Singapura dengan memulangkan paku buah keras. Pemerintah Indonesia dibawah Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengambil keputusan mengejut dengan mengharamkan penjualan pasir kepada Singapura.

Pihak Indonesia menuduh kerajaan Singapura menggunakan pasir yang dibeli tersebut untuk meluaskan wilayahnya hingga hampir dengan sempadan daerah Indonesia.

Alasan kedua Indonesia adalah keenganan Singapura menandatangani perjanjian ekstradisi yang menyebabkan wang rasuah berjumlah berbilion dolar yang telah dibawa keluar oleh jutawan-jutawan Indonesia semasa krisis kewangan 1997-98 tidak dapat di bawa semula ke Republik Indonesia.

Mereka berpendapat kedegilan dan keengganan Singapura tersebut telah memperlekeh kewibawaan dan maruah pemimpin Indonesia.

Dan kini Thailand juga sudah sedar dan mula mahu mengajar Singapura. Kerajaan junta Thailand yang baru telah menuduh Singapura cuba mengintip kegiatan ketenteraan Thailand dengan membeli syarikat Shin Satelite (ShinSat) daripada bekas Perdana Menteri Thaksin melalui Temasek Holdings. Kerajaan junta di bawah pimpinan Jeneral Sonthi Boonyaratkalin dikatakan berazam dengan kuat untuk membeli kembali aset Negara tersebut.

Dan berita terakhir menyatakan pemerintah Singapura yang tidak tahan dengan desakan Thailand tidak keberatan untuk menjual semula semua kepentingannya dalam Shin Corp jika harga yang ditawarkan adalah berpatutan.

Kita berharap selepas ini pemimpin Singapura akan lebih mengenali jiran-jirannya dan perlu lebih berlembut, adil, jangan terlalu angkuh, bertolak ansur dan melenyapkan terus sikap kiasu pemimpin mereka di dalam menghadapi rundingan dengan jiran tetangga.

BERPERSATUAN MEMBENTUK PERIBADI MULIA

Malam tadi aku menghadiri mesyuarat AJK Persatuan Usahawan D’MARA Pantai Saujana (PUD’PS). Agenda utama adalah perbincangan untuk mengadakan nite market dihadapan premis D’MARA Batu Empat, Port Dickson.

Pada pandangan aku sekiranya cadangan ini dilakukan dengan baik, idea ini sudah tentu akan mendatangkan hasil yang memuaskan. Cadangan tersebut sudah tentu akan menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke Port Dickson khasnya ke Pantai Saujana, seterusnya akan memeriahkan lagi premis-premis perniagaan D’MARA Batu Empat, Port Dickson.

Mengikut perancangan, nite market tersebut terdiri daripada 30 lot gerai yang akan menjual pelbagai jenis barangan terutamanya barangan kraf tangan yang menjadi kesukaan pelancong-pelancong asing. Selain daripada itu pertunjukan kebudayaan juga akan dipersembahkan selain lot gerai untuk pelukis potrait dan pemuzik jalanan. Makanan-makanan ringan yang dihasilkan secara tradisional juga akan turut di jual.

Sebenarnya apabila kita berpersatuan, banyak faedah yang akan kita perolehi. Aku selalu teringat satu kajian yang telah dijalankan berkenaan perbandingan diantara petani-petani cina di Sekinchan dengan petani-petani melayu dibawah penyeliaan MADA di Kedah. Keputusan yang diperolehi adalah petani-petani cina di Sekinchan telah menghasilkan padi atau beras yang lebih tinggi dari segi kuantiti dan kualitinya. Apabila diselidiki pencapaian mereka itu sebenarnya adalah kerana bimbingan dan tunjuk ajar dari inisiatif persatuan mereka yang begitu kuat sekali.

Bayangkanlah bagaimana persatuan mereka begitu berkesan sekali mendidik, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada ahli-ahli mereka sehingga dapat mengatasi apa yang diberikan oleh agensi kerajaan sendiri. Itulah tandanya mereka bersatu padu mengembelingkan tenaga dan idea bagi mencapai apa yang mereka cita-citakan.

Inilah sebenarnya yang harus kita contohi, kita tidak ada masa lagi untuk bercakaran, persatuan kita bukannya sebuah parti politik, oleh itu matlamat dan wawasannya perlu jelas. Persatuan kita perlu ada arah dan hala tuju bagi memperjuangkan visi dan agenda bagi faedah seluruh ahli. Kita tidak mahu persatuan yang suka mencanang cerita satu kampung tetapi sebenarnya hanya ingin menangguk di air keruh kerana ada agenda bagi kepentingan sendiri.

Selain daripada itu, secara amnya berpersatuan juga akan mendedahkan kita kepada pengetahuan berbentuk soft skill seperti kemahiran berkomunikasi, pengucapan awam dan membuat keputusan. Begitu juga kemahiran dalam bidang teknikal seperti penggunaan komputer.

Berpersatuan juga akan membangunkan konsep jati diri yang mantap. Apabila berpersatuan kita akan diberikan amanah yang memerlukan komitmen ikhlas dan berterusan. Kita akan belajar melakar agenda, membuat keputusan, melaksanakan program dan melakukan pemantauan. Gerak kerja ini akan memantapkan sikap jati diri kita secara langsung dan tidak langsung.

Berpersatuan juga akan mengajar kita lebih berdisiplin. Kita akan terlatih dengan ciri disiplin mantap apabila kita diberikan tugasan dan amanah.

Kesimpulannya adalah, marilah sama-sama kita memberikan sokongan, idea dan apa jua bentuk sumbangan kepada persatuan kita supaya ianya akan berfungsi dengan jayanya di dalam mendidik, membimbing dan memberikan tunjuk ajar kepada kita semua.

Akhir kata SELAMAT BERJAYA kepada semua usahawan D’MARA Pantai Saujana, Batu Empat, Port Dickson, Negeri Sembilan D.K.

Tuesday 27 March 2007

JALAN-JALAN DENGAN SOFIYAH


Ini lah puteriku yang ke lima, Rosatiyah Sofiyah, 7 tahun. Sejak akhir-akhir ni dia asyik merajuk aje, katanya aku asyik melayan Aisyah. Nak buat macamana adik dia tu kan kecil lagi, mestilah kena berikan perhatian yang lebih sikit.



Hari ni sejak balik dari kelas agama petang (KAP), dia asyik `merengek’ aje, jealous kat adik dia. Kebetulan hari ni, aku pun tak berapa sibuk sangat, jadi sempatlah aku bawa dia jalan-jalan. Dia kata dia seorang aje, orang lain semua tak boleh ikut. Terpaksalah aku ikutkan kerenah dia. Nampaknya bukan main seronok lagi dia dapat berjalan-jalan.



Lepas jalan-jalan, aku ingat nak bawa dia tengok wayang tapi tak ada cerita yang sesuai, jadi kami singgah makan aje lah. Berselera nampaknya dia makan hari ni. Kalau nak tahu dia lah anakku yang paling slim kalau nak dibandingkan dengan adik beradiknya yang lain.


Mama harap lepas ni Sofiyah tak merajuk lagi…

Monday 26 March 2007

MYKAD OH! MYKAD



SENYUM Kambing Utusan Malaysia hari ini (26 Mac 2007) menyatakan lebih 500,000 orang rakyat Malaysia masih belum menukar MyKad.

Sementara itu menurut Setiausaha Parlimen Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Abdul Rahman Ibrahim berkata sebahagian besar mereka yang belum menukar MyKad adalah pelajar yang menuntut di luar Negara dan terus bekerja di sana, banduan dan juga penagih dadah.

Sudah tentulah daripada angka tersebut, salah seorangnya adalah suami aku. Tetapi suami aku tidak lah tergolong di dalam kategori itu semua, cuma ini masalah sikap agaknya. Bukan nak mengata dia tapi dah banyak kali aku ingatkannya untuk menukar MyKad, Setiap kali aku ingatkan (mungkin bagi dia berleterlah tu!), dia kata “nantilah”, “ada masa lagi” dan akhirnya “bayar denda aje lah”.

Yang aku ingat bukan dia tak pernah pergi, dulu masa kecoh-kecoh tarikh akhir tukar MyKad diumumkan, dia pun sibuk jugalah pergi JPN, tapi bila tengok orang beratur panjang dia kata nanti bayar denda aje lah. Tak boleh nak tunggu, katanya kerja banyak. Jadi aku nak buat macamana, ikut aje lah.

Bila tarikh akhir dah lepas, orang pun dah reda, aku ingatkan lagi, tapi jawapannya masih juga macam tu, hinggalah sekarang tak tukar-tukar. Nasib lah….

Aku harap kalau dia terbaca tulisan ini, cepat-cepatlah pergi tukar MyKad tu, bukan lama pun prosesnya. Jangan sampai kerajaan bagi lagi tarikh akhir baru nak berkejar lagi sekali.

Berbalik kepada suami aku ni, kadang-kadang kesian juga, sibuknya orang kata mengalahkan menteri. Apa nak buat orang berniaga, bukan makan gaji. Tapi dia tak pernah nak mengeluh walaupun tidur pun terpaksa kena catu.

Dia selalu berkata padaku, kepuasan itu bukannya sekadar wang ringgit tetapi yang lebih penting adalah apabila kita dapat melakukan apa yang kita suka. Sebab tu lah dia tidak suka makan gaji….bekerja bawah orang. Tiada kebebasan katanya.

Sekarang walaupun penat tapi dia dapat melakukan apa yang dia suka dan dia cita-citakan. Cita-citanya besar, apabila kami membuka mini market dia nak kan mini market 24 Jam, katanya kita lawan 7-Eleven, kita tunjukkan anak melayu juga berkebolehan untuk bersaing.

Apabila dah buka 24 Jam, dia kata kita mesti ada rangkaian mini market sama seperti 7-Eleven, aku ikut aje, kami buka cawangan mini market berserta dengan kedai alat tulis, fotokopi, restoran dan siber café.

Percubaan pertama kami gagal dan apabila dikaji balik, kelemahannya adalah kerana kami tidak dapat mengawal tunai dan stok. Bila kami tinggal aje kedai-kedai tu, duit hilang, stok pun hilang.

Tetapi dia tidak pernah berputus asa, malah aku nampak dia semakin gigih. Katanya, kita ni baru generasi pertama atau kedua yang memulakan perniagaan. Datuk nenek kita dulu hanyalah petani, nelayan ataupun penoreh getah. Paling kuat pun kerja makan gaji dengan kerajaan.

Kita baru nak bermula sebagai peniaga, pengalaman kita tidak seberapa, kalau kita jatuh memang adatlah sebab kita tidak pernah diajar selok belok bidang perniagaan. Kita selalunya `try and error’, kata suamiku kalau kita tak sempat pun mengecapi apa yang kita lakukan pada hari ini, tetapi sekurang-kurangnya kita telah membuka jalan kepada generasi-generasi yang akan datang meneruskannya.

Sekurang-kurangnya mereka tidak lagi melakukan kesilapan-kesilapan yang telah kita lakukan. Sebab itulah cita-cita suamiku yang terakhirnya adalah ingin membukukan pengalaman-pengalaman kami di dalam menempuh cabaran di alam perniagaan.

Seperti yang aku katakan tadi, dia tidak pernah mengenal erti putus asa dan sentiasa memikirkan kaedah untuk mengembangkan perniagaan. Yang terbaru beliau sedang merancang untuk memperkenalkan mini market 24 Jam berkonsepkan `4 in 1'. Konsep tersebut tak boleh lah cerita dulu, katanya rahsia syarikat.

Dengan dibantu oleh mereka-mereka yang berpengetahuan di dalam pengkomputeran, dia sekarang sedang menguji keberkesanan penggunaan `Point of Sales System' (POS Sistem) bagi mengawal tunai dan juga stok sebelum meneruskan langkah untuk kali kedua……..

SELAMAT BERJAYA SUAMIKU!!!

Sunday 25 March 2007

PILIHANRAYA OH! PILIHANRAYA (SIRI 2)

CERITA-cerita pilihanraya pada minggu ini dirancakkan lagi dengan pilihanraya kecil DUN Machap yang penamaan calonnya akan diadakan pada 3 April 2007 dan hari pengundiannya pula adalah pada 12 April 2007.

Pilihanraya kecil DUN Machap adalah begitu menarik untuk diperhatikan kerana nisbah pengundi antara kaum Cina dan kaum Melayu tidak banyak berbeza iaitu pengundi Cina 45.6%, Melayu 38.3%, India 15.3% dan lain-lain 0.7%.

Daripada cerita-cerita khabar angin yang mengatakan bahawa 60% pengundi Cina akan mengundi pembangkang pada kali ini membuatkan pilihanraya kecil ini lebih menarik untuk diperhati dan diperkatakan.

Sekiranya ini berlaku bermakna BN memerlukan lebih 65% undi kaum Melayu untuk memenangi pilihanraya kecil tersebut dengan mengambil kira kaum India dan lain-lain memberikan undi sama rata kepada BN dan juga pembangkang.

Pada minggu ini juga dua parti komponen BN iaitu Gerakan dan PPP bercakaran kerana berebut kerusi pilihanraya.

Cerita-cerita yang tak masuk akal seperti penggabungan antara Parti PAS dan UMNO juga bertiup kencang. Orang kata cerita-cerita yang tak masuk akal pun tidak boleh dipandang ringan di dalam politik kerana ianya boleh menjadi kenyataan.

Di dalam politik tiada yang mustahil kerana kalau lihat dari segi sejarah, Gerakan, PPP, dan PBS dulu pun adalah parti pembangkang sebelum menyertai BN. Parti PAS pula pernah berada dalam BN semasa Allahyarham Tun Abdul Razak menjadi Perdana Menteri.

Walaubagaimanapun Parti-parti pembangkang dan kerajaan sebenarnya boleh melupakan perbezaan fahaman politik, sebaliknya berkerjasama menghadapi isu-isu luar Negara, ekonomi, pendidikan dan kedaulatan Negara. Kita tidak harus terus berperang untuk mendapatkan pengaruh rakyat tanpa mempedulikan perkara-perkara tersebut.

Satu lagi isu yang menarik untuk dibincangkan pada minggu ini adalah pelawaan Parti PAS kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu. Kenapa Parlimen Kota Bharu dan tidak di Parlimen negeri-negeri yang lain?. Adakah ini petandanya parti PAS agak risau dengan sokongan rakyat Kelantan yang nampaknya memihak kepada BN.

Sekiranya perkara ini benar-benar terjadi, sama-samalah kita tunggu dan lihat bagaimana Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh merubah sokongan rakyat supaya terus menyokong pakatan Parti PAS dan PKR di Kelantan.

Bersambung……….

Saturday 24 March 2007

SEKOLAH KLUSTER : BAKAL MENCIPTA SEJARAH

MALAM tadi aku terima SMS daripada dua puteriku iaitu Rosamirah Insyirah dan Rosadriana Qistina yang bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu, Kelantan yang lebih dikenali dengan nama elite girls school of Kelantan.

Bukan main gembira sekali bunyi SMS tersebut, rupanya sekolah mereka telah dipilih sebagai salah satu sekolah kluster daripada 300 buah sekolah yang akan diumumkan oleh Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Kata mereka sekolah tersebut akan menjadi setaraf dengan sekolah-sekolah di Negara maju dan mereka berpeluang untuk melawat sekolah-sekolah tersebut di masa hadapan. Kebetulan pula beberapa hari yang lepas sekolah mereka telah dilawati oleh pelajar-pelajar daripada United Kingdom.

Satu lagi berita gembira yang mereka sampaikan adalah dua pelajar daripada sekolah mereka telah tersenarai sebagai antara pelajar terbaik kebangsaan di dalam peperiksaan SPM yang lepas.

Berbalik kepada sekolah kluster, mengikut laporan akhbar-akhbar harian sekolah tersebut akan diberikan kuasa autonomi untuk mentadbir sendiri mirip sekolah swasta selaras usaha kerajaan untuk melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan setaraf Negara maju.

Antaranya mereka dibenarkan memilih dan mengiklankan calon guru serta kakitangan sokongan tanpa melalui norma perjawatan biasa, bebas memilih kursus dan program latihan yang perlu diikuti guru, boleh menggunakan khidmat dan kepakaran luar dalam bidang yang diperlukan dan boleh menawarkan subjek-subjek alternatif yang tidak terdapat di dalam kurikulum kebangsaan kepada para pelajarnya.

Kuasa autonomi tersebut diberikan bagi membolehkan pengurusan sekolah kluster melaksanakan langkah yang difikirkan mampu meningkatkan kecemerlangan guru dan pelajar masing-masing.

Untuk Mira dan Yana, mama nak ucapkan tahniah kerana sekolah kalian telah terpilih untuk dinaikkan taraf kepada sekolah kluster. Tetapi jangan hanya sekolah sahaja yang bertaraf antarabangsa tetapi yang lebih penting kalian berdua juga mestilah mempunyai minda kelas pertama. Belajarlah bersungguh-sungguh kerana hanya dengan ILMU sahajalah yang akan memastikan kejayaan kita di dunia dan akhirat.

Akhir kata, mama sentiasa mendoakan kejayaan kalian semua…

Friday 23 March 2007

KURSUS PEMANTAPAN PENYEWA MARA DAERAH PORT DICKSON

Ini adalah sebahagian gambar-gambar yang sempat dirakamkan semasa Kursus Pemantapan Penyewa MARA Daerah Port Dickson yang diadakan pada 21 Mac 2007.

Penulis bersarapan sebelum menghadiri kursus tersebut.


Pengarah MARA Negeri Sembilan, Tuan Haji Zainal dan Pegawai MARA Daerah Port Dickson, En. Ahmad Izlan.


Pegawai MARA Daerah Port Dickson sedang memberikan ucapan.


Penolong Pegawai MARA Daerah Port Dickson, En. Hafizan bin Sarjin @ Sarjono.




Pemilik ZZ Jitu Shop dan usahawan wanita yang berjaya, Puan Zauyah binti Abu Samah.


Pemilik Pizza Mas yang terkenal di Batu 4, Puan Masri dan pemilik kedai jahitan Puan Samiah.


Puan Hapsah binti Hassan.


Pemilik PD Motel, Naimah binti Mohd Hashim.


Tiga jejaka tampan, Tuan Haji Mohamad, Tuan Haji Yusop dan En. Zainal.


Pemilik PEE DEE Kafetaria, En. Anwar bin Abdullah.


Y.M. Raja Saidatul Bisma.

Pemilik Restoran Samudera, En. Abu Hassan bin Abd. Ghani dan disebelahnya Tuan Haji Idris.

Pemilik Pusat Fesyen D & A, Puan Dahani binti Chek dan pemilik Agensi Arrazzi Takaful Nasional disebelahnya.

En. Badrul Hisham bin Dato' Haji Mustafa sedang menerima sijil tamat kursus.

Pegawai AMBANK Cawangan Port Dickson sedang memberi ceramah tentang kemudahan-kemudahan yang ditawarkan oleh AMBANK.

Wednesday 21 March 2007

HAPPY BIRTHDAY IDOLAKU!!!


Inilah IDOLAKU!


HAPPY BIRTHDAY KAK ZAUYAH yang ke-50 pada 20 Mac 2007, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki daripada kami semua - USAHANITA Port Dickson/Nilai. Kek ini disumbangkan oleh Cik Zuraidah binti Hashim yang di buatnya sendiri. Sesiapa yang berminat untuk tempah kek, bolehlah menghubungi beliau.


Inilah Puan Zauyah binti Abu Samah, seorang usahawan wanita yang berjaya, yang kami semua bangga-banggakan. Antara jawatan yang beliau pegang adalah AJK USAHANITA Negeri Sembilan, Pengerusi USAHANITA Port Dickson/Nilai, AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang dan Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Sri Pinang.


Inilah hadiah hari jadi yang tak seberapa daripada kami semua.


Puan Maizita binti Mohd Yusoff- AJK USAHANITA Negeri Sembilan, Setiausaha USAHANITA Port Dickson/Nilai. Beliaulah yang selalu bekerja keras menggerakkan aktiviti-aktiviti USAHANITA dan sentiasa menghubungi kami semua berkenaan mesyuarat dan aktiviti-aktiviti USAHANITA. Jasamu hanya ALLAH yang akan membalasnya.


Inilah Cik Zuraidah binti Hashim, AJK USAHANITA Port Dickson/Nilai, beliaulah yang membuat sendiri kek harijadi pada hari ini.



Puan Normalah binti Abu Bakar, AJK USAHANITA Port Dickson/Nilai, memiliki salon kecantikan dan sentiasa aktif di dalam setiap aktiviti USAHANITA.



Puan Sazureen binti Abu Hasan, AJK USAHANITA, Bergiat aktif di dalam bidang jualan langsung.


Puan Haniza binti Omar, AJK USAHANITA Port Dickson/Nilai, Isteri seorang kontraktor berjaya, aktif di dalam jualan langsung.



Puan Zuraidah binti Ramli, AJK USAHANITA Port Dickson/Nilai dan Ketua Penerangan Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang.


**MAAF gambar-gambar tidak berapa jelas. Di lain aktiviti kita ambil gambar lain ya!.

KUNJUNGAN HORMAT

Pada hari isnin 19 Mac 2007, warga D'MARA Pantai Saujana Port Dickson melakukan kunjungan hormat ke Pejabat MARA Negeri Sembilan sempena perlantikan Pengarah MARA Negeri Sembilan yang baru. Sebelum ke sana kami singgah bersarapan di Medan Selera Penghulu Cantik.


Kelihatan Tuan Haji Mohamad bersama Pegawai MARA Daerah Port Dickson, En. Ahmad Izlan bin Idris berbincang sambil bersarapan.


Kelihatan juga Tuan Haji Idris dan Tuan Haji Fakrurrazi serius berbincang sebelum ke sana.


En. Anwar dan Tuan Haji Mohd Yusop nampaknya berselera sekali menikmati sarapan pagi.


Cepat Haji, kita dah nak pergi ni!. Nanti Pengarah pula yang tunggu kita.


Bangunan Seremban Plaza, disinilah terletaknya Pejabat MARA Negeri Sembilan.


Di Pejabat MARA Negeri Sembilan. sempat lagi menengok-nengok galeri aktiviti MARA Negeri Sembilan.


Pengarah MARA Negeri Sembilan, Tuan Haji Zainal menyambut kedatangan kami dengan mesra sekali.


Tuan Haji Zainal sedang memberikan taklimat kepada kami semua.



Beliau yang sentiasa tersenyum dan ketawa membuatkan kami tidak berasa kekok berdialog dengannya.


Pegawai MARA Daerah Port Dickson, En Ahmad Izlan bin Idris yang sentiasa memberikan idea-idea baru bagi meningkatkan perniagaan kami sedang memberikan cadangan sambil dicatat oleh Tuan Haji Fakrurrazi.


Tuan Haji Mohamad dan Tuan Haji Idris serius mendengar penerangan.



Begitu juga Tuan Haji Yusop dan En Anwar, serius mendengar penerangan.



Sedikit cenderahati daripada kami.



Majlis selesai, gambar kenang-kenangan sebelum berangkat pulang.

Sekian, TERIMA KASIH.