ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Friday 23 May 2008

MAJLIS TITIAN KASIH

Majlis Titian Kasih ini diadakan bersempena sambutan Hari Ibu 2008 dan dianjurkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Port Dickson. Ianya telah berlangsung pada 17 Mei 2008 bertempat di Selesa Beach Resort. Majlis ini sangat meriah kerana dihadiri oleh Tetamu Khas Di Raja iaitu DYMM Tuanku Najihah Ibni Al Marhum Tuanku Besar Burhanuddin iaitu Tuanku Ampuan Negeri Sembilan. Selain daripada itu ianya juga turut di hadiri oleh semua orang-orang penting yang menjadi tulang belakang kepada Bandar Peranginan ini.

Saya yang menganggotai kumpulan nasyid Nur Humairah Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) turut membuat persembahan di hadapan DYMM Tuanku Najihah dan hadirin. Penat lelah kami membuat latihan untuk persembahan tersebut berbaloi kerana mendapat pujian daripada DYMM Tuanku.

DYMM Tuanku Najihah memulakan acara memotong kek Hari Ibu


Kumpulan Nasyid Nur Humairah membuat persembahan. Dari kiri Puan Zuraidah,Puan Latifah (terlindung), Puan Eshah, Puan Mastura, Puan Roshatika, Puan Haliza (Penyanyi solo), Puan Mazni (Ketua kumpulan dan penyanyi solo), Puan Juliah, Puan Romaino, Puan Mariah dan Puan Norazah.

Sedang asyik membuat persembahan

Gambar kenangan bersama DYMM Tuanku Najihah. Berdiri di kiri sekali ialah En. Jaafar Hashim selaku ketua pengurus dan penggubah lagu Kumpulan Nasyid Nur Humairah.

Puan Mardiah binti Doha menerima anugerah Wirama daripada DYMM Tuanku Najihah. Beliau adalah salah seorang AJK LKPI Daerah Port Dickson.

Antara yang hadir adalah YB Sdr. Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang (Kanan sekali)

Antara orang kuat LKPI Daerah Port Dickson yang hadir.

Puan Zaleha binti Jafilus (Pengurus kumpulan Nasyid Nur Humairah) sedang menerima lencana seumur hidup LKPI daripada DYMM Tuanku Najihah.

Puan Mariah Yaacob (ahli kumpulan Nasyid) juga menerima lencana ahli seumur hidup daripada DYMM Tuanku Najihah.

Antara yang menerima lencana seumur hidup ialah Puan Zaimah Zakaria.

Pengerusi ranting LKPI Taman Dato' Abdul Samad, Puan Chumariah (tengah) sedang menikmati hidangan.