ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Tuesday 30 October 2007

MINTA MAAF

(Zamri junior)

Di kesempatan ini, saya ingin memohon maaf kepada semua pengunjung blog ini kerana rasanya terlalu lama menyepikan diri dari menyiarkan apa-apa artikel untuk tatapan semua.

Bukan kerana tidak minat lagi dengan blog ini ataupun kehabisan idea untuk menulis tetapi sebenarnya adaptor laptop saya yang rosak. Sudah beberapa kali beritahu abang supaya gantikan, tetapi dia asyik lupa. Baru hari ini dia bawakan adaptor baru.

Alhamdulillah, boleh saya sambung aktiviti ini. Sebenarnya sudah ada beberapa artikel yang telah disiapkan dan banyak cerita-cerita menarik di hari raya yang belum di ceritakan.

Tunggulah dalam beberapa hari ini saya akan publishkan.


Wednesday 10 October 2007

SALAM AIDILFITRI

Kepada semua pengunjung blog ini, saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan sekiranya ada terlanjur kata atau terkasar bahasa, harap di maafkan zahir dan batin. Insya-Allah bertemu lagi selepas lebaran.


Tuesday 9 October 2007

SAYANGNYA ALLAH KEPADA WANITA

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan merata-rata bukan?. Itulah ibaratnya seorang wanita.

Wanita wajib taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya tiga kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?.

Wanita menerima harta warisan lebih sedikit dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suami, manakala lelaki menerimanya, perlu menggunakan harta tersebut untuk isteri dan anak-anaknya.

Wanita bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala malaikat dan seluruh makhluk Allah dimuka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan bertanggungjawab atas empat wanita iaitu isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Seorang wanita pula, tanggungjawabnya dibebankan kepada empat orang lelaki iaitu suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga yang disukainya cukup dengan empat syarat sahaja iaitu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadan, taat kepada suami dan menjaga kehormatannya.

Seorang lelaki perlu pergi berjuang di jalan Allah, tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berjuang di jalan Allah tanpa perlu mengangkat senjata.

Subhanallah, demikianlah sayangnya Allah kepada wanita, bukankah begitu?.

Saturday 6 October 2007

SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU

Walaupun dimana aku berada dan bagaimana keadaanku sekalipun, sudah tentu tarikh ini tidak akan pernah aku lupakan kerana ianya adalah Hari Lahir Mu.

Selamat Hari Lahir yang ke-40, semoga tahun ini dipenuhi dengan berita-berita gembira dan kehidupan keluarga kita akan lebih diberkati. Insya-Allah.