Saturday, 8 December 2007
MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI
Inilah aktiviti pertama saya selepas habis tempoh berpantang. Hari ini saya menghadiri majlis berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh Klinik Dr. Zahar dengan kerjasama Persatuan Usahawan D'MARA Pantai Saujana Port Dickson.
Seramai lebih kurang 150 orang kanak-kanak menyertai program ini dan semuanya mendapat cenderahati yang disumbangkan oleh Klinik Dr. Zahar termasuk anak-anak buah saya ini.
YB. Sdr. Mohd Faizal Ramli yang merasmikan majlis ini beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak yang akan berkhatan ini.
Orang tua-tua dulu kata sebelum berkhatan kena berendam air sungai untuk `mengecutkan' tapi sekarang guna semburan paip bomba.
YB yang perihatin, menemankan kanak-kanak sehingga ke bilik doktor.Kelihatan Dr Zahar dibantu oleh Haji Din dan Puan Aziah sedang melakukan tugasnya sambil diperhatikan oleh YB. Sdr. Mohd Faizal Ramli.
Subscribe to:
Posts (Atom)