Wednesday, 10 October 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
CERITA-CERITI ORANG PORT DICKSON........
Kami mengunjungi pusara bonda, Sunyi pagi disinari suria, Wangi berseri puspa kemboja, Menyambut kami mewakili bonda; Tegak kami di makam sepi, Lalang-lalang tinggi berdiri, Dua nisan terkapar mati, Hanya papan dimakan bumi; Dalam kenangan kami melihat, Mesra kasih bonda menatap, Sedang lena dalam rahap, Dua tangan kaku berdakap; Bibir bonda bersih lesu, Pernah dulu mengucupi dahiku, Kini kurasakan kasihnya lagi, Meski jauh dibatasi bumi; Nisan batu kami tegakkan, Tiada lagi lalang memanjang, Ada doa kami pohonkan, Air mawar kami siramkan; Senyum kemboja mengantar kami, Meninggalkan makam sepi sendiri, Damailah bonda dalam pengabadian, Insan kerdil mengadap Tuhan; Begitu bakti kami berikan, Tiada sama bonda melahirkan, Kasih bonda tiada sempadan, Kemuncak murni kemuliaan insan.
5 comments:
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan saya ingin mengambil kesempatan ini untuk, memohon maaf zahir & batin, sekiranya terdapat bahasa dan tutur kata saya yang tidak menyenangkan ...
Semoga kak dan keluarga juga baby baru dirahmati Allah s.w.t. dan bergembira di hari raya.
Selamat Hari Raya again and again..
selamat hari raya.. :)
Assalamualaikum Ros.
Selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin.
Bila nak buat open house? Jangan lupo jomput orang Penang samo. Eden rindu nak makan nasi minang. :) gehh..gehh..gehh
salam syawal
Post a Comment