ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday 11 November 2007

RACUN MINDA

Perhimpunan Agung UMNO yang ke-58 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) telah berjalan dengan jayanya. Banyak isu-isu terutamanya yang menyentuh bagaimana untuk memperkasakan orang melayu telah di bahaskan.

Ada beberapa isu yang sebenarnya menarik perhatian saya terutamanya isu pengajaran Matematik dan Sains menggunakan Bahasa Inggeris. Saya bersetuju dengan pandangan kenapa harus diganggu matapelajaran Matematik dan Sains. Kenapa tidak mewujudkan matapelajaran khusus untuk Bahasa Inggeris seperti sastera Inggeris sekiranya benar-benar ingin meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar.

Isu pemberian subsidi petrol juga membuka mata kita. Tanpa kita sedari rupa-rupanya pemberian subsidi tersebut banyak dinikmati oleh golongan berada daripada golongan miskin yang memerlukannya. Ini adalah kerana golongan berada yang mempunyai beberapa kenderaan lebih banyak menggunakan petrol dari golongan miskin yang sekadar mempunyai sebuah motosikal.

Selain daripada itu saya juga tertarik dengan saranan Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri kita iaitu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya orang Melayu membuang `racun minda’ yang telah lama bersarang di pemikiran mereka.

Menurut Perdana Menteri, merasa diri kecil, merasa rendah diri, merasa gentar, merasa kurang upaya adalah pemikiran beracun yang telah disuntik ke dalam minda Melayu semenjak zaman penjajahan. Racun minda ini perlu dikeluarkan supaya orang Melayu berminda segar dan berani bagi menghadapi persaingan di dalam menuju 100 tahun kemerdekaan 2057.

Akhir sekali, bagi kita semua yang berada di bawah sini, sangat-sangatlah berharap agar isu-isu yang telah di bahaskan bukan sahaja panas di Dewan Merdeka tetapi mestilah di susuli dengan tindakan yang berkesan.


5 comments:

13may said...

betoi gak kata PM tuh...

kita org melayu kadang2 menjadi terlalu merendah diri...

Anonymous said...

salam, kak apesal x cakap pasal bersih jgk.kan bersih tu lepas perhimpunan agung umno, pah tu PM siap bagi amaran sekali

13may said...

Salam jenguk jenguk :)

Breadwinner said...

spm tahun ni payah.
fizik/kimia/addmath/math modern/biology dlm bahasa inggeris.

Anonymous said...

tp dgn perolehan kerajaan RM70-80 billion (anggaran aku utk thn 2008 jika harga terus menerus harga per barrel still USD100 ++), kerajaan hanya baru membelanjakan Rm20-25 billion sahaja utk subsidi..

ok, boleh naikkan harga minyak, dgn syarat keperluan lain perlu disubsidikan terutama pendidikan.

kesian anak melayu yg gagal ke ipta /s (hampir 120 ribu setahun), akibat gagal utk mendapatkan pinjaman pendidikan...

nak harapkan PTPTipu, caj 4% lansung tidak munasabah malah HARAM (menurut Mufti Perak dan para ulama'). Malah lewat bayar dikenakan 'blacklist' dan nama terpampang di akhbar utama walaupun majoriti mereka masih belum mempunyai pekerjaan.

aduhai bangsaku...melayu ditindas oleh org melayu sendiri...

ps: kalo zaman sabahat, Khulafa' Ar-Rashidin hidup dgn cara sederhana, tp sekarang baru jadi menantu PM dah boleh masuk top 100 org terkaya malaysia.