ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Friday 13 June 2008

IZINKAN AKU PERGI

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada kita suka atau pun tidak, itulah hakikat yang harus di terima. Nampaknya aku terpaksa mengikut jejak Kak Tura untuk berpisah dengan kumpulan nasyid Nur Humairah.

Semasa mula menyertai kumpulan ini, aku fikir untuk suka-suka sahaja tetapi kumpulan ini sebenarnya mempunyai cita-cita yang tinggi. Banyak pertandingan yang akan disertai. Oleh itu aku terpaksa mengikuti latihan hampir pada setiap hari. Sedangkan aku banyak komitmen lain yang harus dipenuhi terutama komitmen kepada keluarga tercinta.

Aku rasa tidak adil kepada keluargaku. Sedang aku asyik berseronok dengan kawan-kawan membuat latihan tetapi suami di rumah kehilangan teman, sementara anak-anak kehilangan ibu tempat bermanja. Itulah sebabnya apabila aku memberitahu mereka untuk berhenti dari kumpulan ini, anakku yang berumur lapan tahun berkata "Opie dapat balik mama".

Walaupun suami tidak membantah penyertaan aku bersama kumpulan ini, malah memberi galakan sebenarnya tetapi aku dapat melihat rutin hariannya berubah. Kalau dulu aku dapat menemankannya hampir kemana-mana tetapi sekarang dia terpaksa belajar melakukannya bersendirian.

Diatas faktor-faktor itulah dan juga komitmen aku kepada persatuan-persatuan lain aku terpaksa menarik diri walaupun dengan perasaan yang sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang sangat baik kepada aku.

Kepada semua kawan-kawan kumpulan nasyid Nur Humairah, terima kasih banyak-banyak kerana memberikan aku peluang bersama kalian menjalani latihan dan mengadakan pertunjukkan. Kenangan manis bersama kalian akan menjadi memori indah untuk dikenang.

4 comments:

13may said...

takpe...utamakan keluarga :)

Anonymous said...

Hi, I came through your site , I really don't wanna sound like spam but hey, would you like to link my site maxamator.com, we are emerging SEO Specialists / PHP developer from India, I’ll show my link love to you from my Pr5 sites :)

Let me know if you are interested.

Deekay


Email: - dk@maxamator.com

Sad Open said...

semoga menjadi isteri solehah yang menyejukkan mata suami...

MIZLAN DARKARTCASTER said...

blog yg menarik..setiap pertemuan pasti ada perpisahan,cuma kita tidak dapat mengetahui samada sekarang,esok atau...pasti ada hikmah apa yang berlaku,kerana setiap yang berlaku telah direncana olehNya