ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday, 11 January 2009

BERCUTI DI AWANA KIJAL (BAH. 1)

SEDANG MENJAMU SELERA DI RESTORAN KAMPONG MERAGA BERIS AWANA KIJAL.

MANJANYA AISYAH

SOFIYAH YANG PANDAI BERGAYA

ANAK MONTEL MAMA

ROSALIMAH FATIMAH ANAK MANJA AYAH

Sunday, 7 December 2008

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA

Kepada Abah, mak, saudara mara, rakan taulan dan seluruh umat Islam tidak kira di mana berada SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA, Maaf Zahir dan Batin. Korban elok-elok.

Friday, 7 November 2008

HAPPY BIRTHDAY

HARI INI GENAPLAH UMURKU 37 TAHUN

JALAN-JALAN CARI MAKAN

REHATKAN MINDA

TENGOK WAYANG `BUDAK KELANTAN'. MACAM TENGOK HINDUSTAN, LOGHATNYA PEKAT TAK FAHAM

SINGGAH MAKAN LAGI!

Wednesday, 29 October 2008

SELAMAT BERTUNANG ADIKKU

ADIK IPAR BONGSUKU BERTUKAR CINCIN PERTUNANGAN BERSAMA PASANGANNYA

MEMOTONG KEK PERTUNANGAN

MENDAPAT RESTU AYAH DAN MA

BERMANJA DENGAN ANAK BUAH

Monday, 20 October 2008

YB AZMAN BERSAMA ANAK YATIM DI JAMUAN AIDIL FITRI PERSATUAN USAHAWAN D'MARA PANTAI SAUJANA

YB AZMAN BIN MOHD NOOR, ADUN BAGAN PINANG DI IRINGI PENGARAH MARA NEGERI SEMBILAN SEDANG MENYAMPAIKAN SUMBANGAN HARI RAYA KEPADA ANAK-ANAK YATIM

SERAMAI 70 ORANG ANAK YATIM SEKITAR DAERAH PORT DICKSON MENERIMA SUMBANGAN HARI RAYA


ANTARA YANG TERAWAL TIBA IALAH PUAN ZAUYAH ABU SAMAH (KANAN SEKALI), AJK PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN



BERGOTONG ROYONG MENYIAPKAN KHEMAH DAN KERUSI MEJA


BERGOTONG ROYONG MENYIAPKAN JUADAH


MASAK RENDANG AYAM


MENYELERAKAN!

Tuesday, 14 October 2008

MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI DUN BAGAN PINANG

Kain rentang mengalu-alukan kedatangan tetamu


YB. Azman bin Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang sedang memberikan ucapan perutusan Hari Raya.


Orang-orang kuat UMNO Cawangan Bagan Pinang yang bertungkus lumus membuat persiapan.

Setiausaha kerja YB ADUN Bagan Pinang, En. Arshad begitu sibuk pada hari itu.


Wakil Pergerakan Puteri UMNO bahagian yang sempat meninjau persiapan.


Memotong buah.


Banyak lagi buah yang harus di potong

Kepenatan!


Dalam sibuk-sibuk, Puan Mastura sempat melayan anak lagi!


Makanan telah siap dihidangkan


Jangan berebut-rebut!



MESYUARAT PERWAKILAN PERGERAKAN WANITA UMNO BAHAGIAN TELOK KEMANG

YB. Dato' Ismail bin Taib iaitu Pemangku Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang sedang memberikan ucapan perasmian.

Sebahagian AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang sedang tekun meneliti buku Lapuran Tahunan.


Puan Hajah Rashidah binti Haji Shukri (berdiri belakang) sedang memberikan ucapan dengan pantun-pantunnya.


Tiga orang AJK Bahagian yang sentiasa ceria. Dari kiri ialah Puan Zauyah binti Abu Samah, Puan Hajah Zaimah binti Zakaria dan Puan Arah binti Abu Bakar.

Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang telah diadakan pada 11 Oktober 2008 bertempat di PD Golf Club, Port Dickson, Negeri Sembilan Darul Khusus. Mesyuarat ini berlangsung dalam suasana yang aman di mana tiada pertandingan yang berlaku, sebaliknya semua AJK lama di lantik semula bagi menerajui Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang bagi tahun 2008 - 2011.
Bagi Pencalonan Ketua dan Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia pula, Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang telah mencalonkan Dato' Seri Shahrizat Abd. Jalil sebagai Ketua dan Dato' Seri Azalina Othman Said sebagai Naib Ketua Pergerakan Wanita UMNO Malaysia.

Friday, 13 June 2008

IZINKAN AKU PERGI

SETIAP pertemuan pasti ada perpisahan. Sama ada kita suka atau pun tidak, itulah hakikat yang harus di terima. Nampaknya aku terpaksa mengikut jejak Kak Tura untuk berpisah dengan kumpulan nasyid Nur Humairah.

Semasa mula menyertai kumpulan ini, aku fikir untuk suka-suka sahaja tetapi kumpulan ini sebenarnya mempunyai cita-cita yang tinggi. Banyak pertandingan yang akan disertai. Oleh itu aku terpaksa mengikuti latihan hampir pada setiap hari. Sedangkan aku banyak komitmen lain yang harus dipenuhi terutama komitmen kepada keluarga tercinta.

Aku rasa tidak adil kepada keluargaku. Sedang aku asyik berseronok dengan kawan-kawan membuat latihan tetapi suami di rumah kehilangan teman, sementara anak-anak kehilangan ibu tempat bermanja. Itulah sebabnya apabila aku memberitahu mereka untuk berhenti dari kumpulan ini, anakku yang berumur lapan tahun berkata "Opie dapat balik mama".

Walaupun suami tidak membantah penyertaan aku bersama kumpulan ini, malah memberi galakan sebenarnya tetapi aku dapat melihat rutin hariannya berubah. Kalau dulu aku dapat menemankannya hampir kemana-mana tetapi sekarang dia terpaksa belajar melakukannya bersendirian.

Diatas faktor-faktor itulah dan juga komitmen aku kepada persatuan-persatuan lain aku terpaksa menarik diri walaupun dengan perasaan yang sedih kerana terpaksa berpisah dengan kawan-kawan yang sangat baik kepada aku.

Kepada semua kawan-kawan kumpulan nasyid Nur Humairah, terima kasih banyak-banyak kerana memberikan aku peluang bersama kalian menjalani latihan dan mengadakan pertunjukkan. Kenangan manis bersama kalian akan menjadi memori indah untuk dikenang.

Friday, 23 May 2008

MAJLIS TITIAN KASIH

Majlis Titian Kasih ini diadakan bersempena sambutan Hari Ibu 2008 dan dianjurkan oleh Lembaga Kebajikan Perempuan Islam Daerah Port Dickson. Ianya telah berlangsung pada 17 Mei 2008 bertempat di Selesa Beach Resort. Majlis ini sangat meriah kerana dihadiri oleh Tetamu Khas Di Raja iaitu DYMM Tuanku Najihah Ibni Al Marhum Tuanku Besar Burhanuddin iaitu Tuanku Ampuan Negeri Sembilan. Selain daripada itu ianya juga turut di hadiri oleh semua orang-orang penting yang menjadi tulang belakang kepada Bandar Peranginan ini.

Saya yang menganggotai kumpulan nasyid Nur Humairah Lembaga Kebajikan Perempuan Islam (LKPI) turut membuat persembahan di hadapan DYMM Tuanku Najihah dan hadirin. Penat lelah kami membuat latihan untuk persembahan tersebut berbaloi kerana mendapat pujian daripada DYMM Tuanku.

DYMM Tuanku Najihah memulakan acara memotong kek Hari Ibu


Kumpulan Nasyid Nur Humairah membuat persembahan. Dari kiri Puan Zuraidah,Puan Latifah (terlindung), Puan Eshah, Puan Mastura, Puan Roshatika, Puan Haliza (Penyanyi solo), Puan Mazni (Ketua kumpulan dan penyanyi solo), Puan Juliah, Puan Romaino, Puan Mariah dan Puan Norazah.

Sedang asyik membuat persembahan

Gambar kenangan bersama DYMM Tuanku Najihah. Berdiri di kiri sekali ialah En. Jaafar Hashim selaku ketua pengurus dan penggubah lagu Kumpulan Nasyid Nur Humairah.

Puan Mardiah binti Doha menerima anugerah Wirama daripada DYMM Tuanku Najihah. Beliau adalah salah seorang AJK LKPI Daerah Port Dickson.

Antara yang hadir adalah YB Sdr. Azman Mohd Noor, ADUN Bagan Pinang (Kanan sekali)

Antara orang kuat LKPI Daerah Port Dickson yang hadir.

Puan Zaleha binti Jafilus (Pengurus kumpulan Nasyid Nur Humairah) sedang menerima lencana seumur hidup LKPI daripada DYMM Tuanku Najihah.

Puan Mariah Yaacob (ahli kumpulan Nasyid) juga menerima lencana ahli seumur hidup daripada DYMM Tuanku Najihah.

Antara yang menerima lencana seumur hidup ialah Puan Zaimah Zakaria.

Pengerusi ranting LKPI Taman Dato' Abdul Samad, Puan Chumariah (tengah) sedang menikmati hidangan.

Sunday, 20 April 2008

PULIHKAN INSTITUSI KEHAKIMAN

KALAU kita masih ingat 20 tahun yang lepas iaitu pada tahun 1988, ketika itu saya masih dibangku persekolahan, negara kita dikejutkan dengan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Mohd. Salleh Abas. Pemecatan ini telah menjatuhkan keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman dan seterusnya peristiwa tersebut menghantui negara sehingga ke hari ini kerana dilakukan dengan cara yang salah.

Walaupun 20 tahun telah berlalu, kesannya masih lagi terasa dan tidak pernah sembuh sepenuhnya. Sehingga ke hari ini peristiwa tersebut masih diperbincang dan diperdebatkan. Ini ditambah apabila pada tahun 2006, Majlis Peguam menyuarakan supaya detik hitam tersebut di semak semula. Perkara ini dihangatkan lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Datuk Zaid Ibrahim mencadangkan supaya kerajaan meminta maaf dan membayar ganti rugi kepada Tun Mohd. Salleh Abas, Datuk George Seah dan Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh yang turut di pecat.

Kalau kita imbas semula, peristiwa ini adalah kesan daripada pemilihan UMNO pada tahun 1984 dimana berlaku perebutan jawatan Presiden diantara YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang mencabar Tun Dr. Mahathir Mohamad. Di dalam pertandingan tersebut YBM Tengku Razaleigh yang memperolehi 718 undi tewas kepada Tun Mahathir yang memperolehi 761 undi iaitu kelebihan 43 undi sahaja.

Kerana majoriti yang sedikit, penyokonh-penyokong YBM Tengku Razaleigh tidak berpuas hati dan 12 ahli UMNO yang dipercayai penyokong YBM Tengku Razaleigh memulakan saman di Mahkamah Tinggi memohon mahkamah mengisytiharkan pemilihan tersebut sebagai tidak sah dan pemilihan semula mesti dilakukan. Mereka mendakwa pemilihan tersebut dicemari oleh 78 daripada 1,479 perwakilan adalah tidak sah kerana datang daripada cawangan yang tidak berdaftar.

Setelah beberapa langkah dan perbincangan menemui jalan buntu, akhirnya Hakim Harun Hashim yang mengendalikan kes tersebut mengisytiharkan bahawa UMNO adalah pertubuhan yang tidak sah berdasarkan bukti-bukti jelas yang dikemukakan.

Apabila UMNO di isytiharkan pertubuhan tidak sah, Tun Dr. Mahathir menubuhkan UMNO Baru manakala YBM Tengku Razaleigh menubuhkan Parti Melayu Semangat 46. Disinilah bermulanya perbalahan diantara Tun Dr. Mahathir dengan hakim-hakim kanan sehingga kerajaan meminda artikel 121 dan 145 perlembagaan yang mengurangkan kuasa badan kehakiman dan juga menghadkan bidang kuasa Peguam Negara.

Tun Mohd. Salleh Abas yang mewakili para hakim menpertahankan badan kehakiman, kemudiannya mengutus surat kepada Yang di-Pertuan Agung dan beberapa Sultan yang lain menyatakan kekecewaan dengan tuduhan yang dilemparkan Tun Dr. Mahathir terhadap badan kehakiman.

Dua bulan kemudian beliau digantung tugas dan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Abdul Hamid Omar dilantik sebagai Pemangku Ketua Hakim Negara. Tun Mohd Salleh kemudiannya dihadapkan ke tribunal yang dianggotai oleh enam hakim iaitu empat daripada Malaysia, seorang daripada Sri Langka dan seorang daripada Singapura atas dakwaan salah laku. Tribunal tersebut dipengerusikan oleh Tan Sri Abdul Hamid Omar yang memangku tugas Ketua Hakim Negara.

Tun Mohd. Salleh yang diwakili oleh Anthony Lester, kemudianya bertindak balas dengan memfailkan saman di Mahkamah Tinggi bagi mencabar status tribunal tersebut dari segi Perlembagaan dan beliau turut memohon perintah penangguhan sementara terhadap tribunal itu tetapi semua permohonannya di tolak.

Kemudiannya lima hakim Mahkamah Agung bersidang dan membenarkan perintah sementara menghalang pelaksanaan tribunal tersebut. Perintah tersebut juga kemudiannya di ketepikan dan pada ogos 1988 Tun Mohd. Salleh secara rasminya dipecat daripada jawatan Ketua Hakim Negara. Bukan setakat itu malah lima hakim Mahkamah Agung yang membenarkan penangguhan sementara itu juga iaitu Tan Sri Azmi Kamaruddin, Tan Sri Eusoffe Abdoolcader, Tan Sri Wan Hamzah Mohamed Salleh, Tan Sri Wan Sulaiman Pawanteh dan Datuk George Seah digantung tugas. Pada Oktober 1988 Tan Sri Wan Sulaiman dan Datuk George Seah juga di pecat manakala tiga hakim yang lain dikembalikan.

Rentetan sejarah duka institusi kehakiman tidak hanya berhenti di situ. Sebaliknya sekali lagi diwarnai dengan episod hitam apabila klip video VK Lingam tersebar. Cerita-cerita campurtangan mereka yang berkepentingan di dalam perlantikan hakim-hakim kanan menjadi buah mulut. Malah cerita seorang peguam yang menulis penghakiman bagi pihak hakim begitu mengejutkan. Ini menguatkan lagi tohmahan bahawa wujudnya konspirasi peringkat tertinggi untuk mengatur keputusan mahkamah dalam kes-kes tertentu.

Dan pada hari ini, selepas 20 tahun bukan setakat enam orang hakim yang terlibat di dalam peristiwa 1988 tersebut yang bergembira tetapi saya juga menumpang kegembiraan kerana pada akhirnya kerajaan mengaku telah melakukan kesilapan tersebut dan mengiktiraf sumbangan enam hakim tersebut kepada Negara kerana komitmen mereka menegakkan keadilan.

Kerajaan juga di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mencadangkan penubuhan suruhanjaya Perlantikan Kehakiman serta bayaran ex-gratia kepada enam orang hakim yang terlibat. Kedua-dua perkara ini bagi memulihkan kewibawaan badan kehakiman yang tercemar sejak 20 tahun yang lalu.

Nampaknya penubuhan Suruhanjaya Perlantikan Hakim ini mendapat sokongan ramai dengan pelbagai pihak meminta disegerakan bagi menghapuskan penyalahgunaan kuasa dan ketidakadilan dalam sistem perundangan. Seterusnya memenuhi kehendak dan aspirasi rakyat untuk melihat ketelusan dan keadilan dalam sistem kehakiman.

Harapan saya penubuhan suruhanjaya ini akan membawa perubahan terhadap badan kehakiman yang akan memperkukuhkan dan meningkatkan integriti institusi tersebut dan pada akhirnya mengembalikan keyakinan rakyat.

Akhir kata saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, lakukanlah apa yang termampu bak kata bagi menghilangkan parut, menyembuhkan luka, memulihkan semangat dan dengannya negara kita mampu didirikan. Jangan pedulikan mereka yang menentang sebaliknya lakukanlah pembetulan-pembetulan kerana Negara yang memerlukannya dan rakyat yang menginginkannya.