Untuk Ibuku, Ibu mertuaku dan semua ibu-ibu di seluruh dunia - SELAMAT HARI IBU. Selalu kita dengar orang berkata "Ibu mana yang tidak sayangkan anak" tapi pernahkah kita dengar orang berkata "Anak mana yang tidak sayangkan ibu".
Keluargaku yang bahagia. Selain dapat bawa mak jalan-jalan, dapat juga makan ramai-ramai seperti masa kecil-kecil dulu.
Aku dan ibuku berehat sekejap selepas penat jalan-jalan.
Di hujung sekali adalah adikku Hamzah, kami dua beradik aje.
Adik iparku, Ema bersama ibu mertuanyaAdakah anak-anak tahu betapa kasihnya si ibu kepada mereka semua. Kasih sayang ibu tidak ternilai besarnya dan tidak akan terbalas oleh kita. Ibu-ibu tidak pernah merungut membesarkan kita dan adakah kita pun sama ketika menjaga hari tuanya?.
Hamzah bersama Isterinya Ema dan anak-anak Nuri dan Nadia
Ema dan Nadia yang comel, anak buah mama
Mamat, Sofiyah, Nuri dan Siti memang sentiasa berselera makan. Siti hari ni demam! kasihan anak buah mamaBila ibu keluar rumah, sudah tentu anak-anak melonjak keseronokan kerana tidak perlu mendengar leteran yang boleh memecahkan anak telinga. Bila ibu menjerit pula boleh bergegar isi perut, tingkatpun boleh tercabut. Bila ibu tiada di rumah, boleh buat apa sahaja, boleh main sampai senja, boleh tidur rumah kawan, boleh chatting sampai terkeluar biji mata dan boleh bergayut dengan si dia sampai subuh.
Tetapi keseronokan tidak berpanjangan, masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tidak mendengar leteran ibu. Rumah jadi sunyi sepi. Rupa-rupanya leteran ibu adalah penyeri rumah. Tanpa leteran itu semuanya seperti mati.
Lepas ni mesti pekerja-pekerja restoran tersebut mengamuk sebab kena bersihkan nasi-nasi yang ditaburkan Aisyah.


No comments:
Post a Comment