Masa di Kelantan tempoh hari, apabila semua adik beradik sebelah suamiku berkumpul, jadi Ibu mertuaku memasak nasi kerabu sebagai hidangan istimewa kami. Nasi kerabu ni asalnya berwarna biru. Warna biru tersebut adalah daripada sejenis daun. Kerana susah untuk mendapatkan daun tersebut maka Ibu mertuaku menggunakan pewarna kuning untuk nasi tersebut.Aku memang suka makan nasi ni, lebih-lebih lagi yang dimasak oleh Ibu mertua ku. Nasi kerabu ini dimakan dengan ulam-ulam berlaukkan ikan bakar, ayam percik dan juga makanan laut khasnya kerang. Selain daripada itu ia juga mestilah ada tumis, budu, kelapa goreng, sambal lada dan juga lada hitam.



1 comment:
comel nyer anak akak... nama pon sedap sedap.. huhuhu
Post a Comment