ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday, 31 January 2007

JKUPM vs PUD'PS (SIRI 1)

Alkisahnya tempat aku berniaga ni ada lah satu persatuan yang diberi nama Jawatankuasa Usahawan Premis MARA Batu 4, Port Dickson atau penyewa selalu sebut JKUPM. Persatuan ni dah lama dah, masa ditubuhkan dulu aku masih budak-budak lagi, berhingus lagi, maklumlah 23 tahun yang lepas. Nak dijadikan cerita akulah Setiausahanya yang terakhir kerana persatuan tersebut telah dikuburkan sebelum talkinnya dibacakan.Ceritanya macam ni, dalam masa sebulan lepas aku mengikuti suami aku balik kelantan, kebetulan anak aku tiga orang bersekolah disana, jadi sambil rehatkan badan aku dapatlah hantar diaorang ke sekolah sekali. Lebih kurang seminggu disana aku pun balik PD dan biasalah mula berniaga balik. Tetapi yang menyebabkan aku terperanjat beruk adalah tiba-tiba aku diberitahu oleh peniaga-peniaga, disini telah ada persatuan baru dengan pengerusi dan AJK yang baru. Pada mulanya aku menyangkakan JKUPM telah dirampas kuasa kerana Pengerusinya bukan lagi penyewa disini tetapi bila aku dapat surat jemputan kemesyuarat bagi membincangkan aktiviti persatuan baru ni barulah aku tahu rupanya persatuan ini adalah persatuan baru yang tiada kena mengena dengan JKUPM. Tapi yang tak sedapnya mereka siap ugut aku lagi sekiranya tak hadir mesyuarat atau tak hadir aktiviti persatuan baru ni aku tak dapat nak sambung penyewaan dengan MARA. Akhir-akhir ini mereka ugut lagi dengan mengatakan kena dapat tandatangan persatuan kalau nak sambung penyewaan dengan MARA. Hebat sungguh persatuan baru ni, mengalahkan MARA pula.Aku jadi hairan bin ajaib sebab mereka ni lah dulu yang tak pernah hadir mesyuarat dan aktiviti JKUPM. Masa nak tubuhkan persatuan baru ni tak jemput aku pun tapi bila semua dah selesai baru nak jemput. Orang lain aku tak tahu, samada semua kena jemput atau dia jemput group dia dan penyewa-penyewa baru yang tak tahu apa-apa sahaja, sebab ramai AJK JKUPM jumpa aku mereka kata merekapun tak tahu apa-apa berkenaan persatuan baru ni!. Tup! Tup! dah tubuh. Nama persatuan tersebut adalah Persatuan Usahawan D’MARA Pantai Saujana.Beradab ke buat macam ni? Tubuh persatuan baru tanpa adanya perbincangan dengan AJK persatuan lama. Walaupun persatuan ini tiada kena mengena dengan persatuan lama tetapi ahlinya tetap orang yang sama. Walaubagaimanapun aku tak adalah hairan sangat sebab ini bukan pertama kali diaorang gunakan taktik kotor macam ni.

No comments: