ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday, 31 January 2007

JKUPM vs PUD'PS (SIRI 2)

Aku jadi rimas, kelirupun ada, siapa yang tak takut kalau penyewaan tidak dapat disambung kerana disinilah satu-satunya punca rezeki aku, nanti macamana aku nak sekolahkan anak aku, itu belum fikir lain-lain perbelanjaan. Penyewa-penyewa lain juga gelisah, mereka asyik datang tanya aku berkenaan perkara tersebut, sedangkan aku pun tak tahu apa-apa, akhirnya aku ambil inisiatif jumpa pegawai MARA untuk bertanyakan perkara tersebut. Selepas diberikan penerangan barulah aku faham sikit.Pegawai MARA sebenarnya tak puas hati dengan JKUPM yang tidak ada aktiviti dan tidak didaftarkan dengan ROS. Aku bersetuju sangat dengan pegawai MARA, memang betul JKUPM tak didaftarkan dan tidak ada aktiviti semenjak setahun yang lepas iaitu selepas mendapat anugerah persatuan penyewa terbaik MARA bagi peringkat Negeri Sembilan kerana keaktifannya setahun sebelum itu. Aku tahu sebelum dapat anugerah tersebut kita memang aktif, banyak aktiviti yang kita jalankan tetapi sebenarnya kita tak dapat kerjasama daripada semua penyewa. Kalau kita masih ingat lagi masa JKUPM membantu MARA mengadakan Karnival Jualan, kita telah disabotaj dengan berbagai cara oleh ahli-ahli kita sendiri, kon jalan yang kita letakkan disepak ke longkang, masa tu pengarah MARA pun ada. Masa pembinaan longkang besar dan landskap dihadapan premis, mereka juga menghantar memorandum bantahan kepada MPPD dan YB ADUN Bagan Pinang. YB pun mungkin dah lupa. Kata mereka kerja-kerja tu mengganggu perniagaan tanpa memikirkan kebaikan di masa hadapan. Sekarang bila dah siap, banjir pun dah tak ada, landskap pun dah cantik mereka semua diam, inilah yang dikatakan mentaliti pembangkang, anti-pembangunan yang menggunakan isu jangka pendek yang kemudiannya memakan diri mereka sendiri. Aku juga setuju dengan persatuan baru ni yang akan didaftarkan dan namanya pun kena dengan penjenamaan semula premis MARA kepada D’MARA.Perkara-perkara sebeginilah yang menyebabkan pengerusi JKUPM iaitu Tuan Haji Jamal Abdul Nasir bin Bakar malas untuk adakan aktiviti. Bila panggil mesyuarat diaorang tak datang, bila buat aktiviti diaorang pun tak datang. Sebenarnya diaorang ni bukan nak aktiviti tetapi berebut nak kan jawatan yang tak bergaji ni. Tuan Haji Jamal pernah berkata pada aku, lebih senang menjaga persatuan peringkat nasional daripada menjaga ahli-ahli JKUPM, politikingnya mengalahkan parti politik. tahun ni pulak insyaAllah tahun pilihanraya, aku gerenti masa pilihanraya nanti lagi haru biru. Cerita pasal Tuan Haji Jamal ni aku sebenarnya nak ucapkan terima kasih kerana sepanjang aku menjadi setiausaha JKUPM aku telah banyak belajar macamana untuk mentadbir persatuan. Beliau sebagai Naib Presiden Persekutuan Lawn Bowl Malaysia yang mana presidennya adalah YBHG. Tan Sri Dato’ Sri Ahmad Sarji nakkan JKUPM sama standardnya dengan Persekutuan Lawn Bowl Malaysia. Oleh itu surat panggilan mesyuarat, minit mesyuarat, lapuran aktiviti dan juga lapuran tahunan mestilah perfect.

No comments: