ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Saturday 8 December 2007

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI

Inilah aktiviti pertama saya selepas habis tempoh berpantang. Hari ini saya menghadiri majlis berkhatan beramai-ramai yang dianjurkan oleh Klinik Dr. Zahar dengan kerjasama Persatuan Usahawan D'MARA Pantai Saujana Port Dickson.


Pengerusi majlis pada hari ini Tuan Haji Fakhrurrazi sedang memberikan penerangan.


Seramai lebih kurang 150 orang kanak-kanak menyertai program ini dan semuanya mendapat cenderahati yang disumbangkan oleh Klinik Dr. Zahar termasuk anak-anak buah saya ini.


YB. Sdr. Mohd Faizal Ramli yang merasmikan majlis ini beramah mesra dan memberikan kata-kata semangat kepada kanak-kanak yang akan berkhatan ini.


YB. Sdr. Mohd Faizal Ramli melepaskan semburan air untuk menyejukkan kanak-kanak ini.


Orang tua-tua dulu kata sebelum berkhatan kena berendam air sungai untuk `mengecutkan' tapi sekarang guna semburan paip bomba.


Semua kesejukkan terutama anak buah saya yang bercermin mata tu!


Nampak tak? Dr. Zahar begitu berhati-hati melakukan tugasnya.


YB yang perihatin, menemankan kanak-kanak sehingga ke bilik doktor.


Kelihatan Dr Zahar dibantu oleh Haji Din dan Puan Aziah sedang melakukan tugasnya sambil diperhatikan oleh YB. Sdr. Mohd Faizal Ramli.


Ibu-bapa menjamu selera sementara menunggu giliran anak masing-masing.


Anak yang berkhatan, maknya yang risau lebih-lebih. Ayu! bertenang ya!

Jumpa lagi, terima kasih.


5 comments:

13may said...

hehhe :D

Roshatika said...

13may,
Mesti teringat dulu-dulu ni!

13may said...

Wishing you a happy and prosperous new year..

Breadwinner said...

tahniah kpd anak buah akak yg berjaya masuk ke alam dewasa.

Anonymous said...

Erks! Tak censored ke cik kak? Hu3. Anyway, dapat tahu your blog from cikgu azleen. :)