ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday 29 January 2007

SYABAS UMNO! TAHNIAH PAK LAH!

Pilihanraya Batu Talam telah selesai, BN sekali lagi menang besar, Ini telah membuktikanbahawapertamanya rakyat tidak terpengaruh dengan kritikan-kritikanyang telah dilemparkan terhadap Pak Lah dan kerajaan. Keduanya usaha-usaha pembangkang untuk mempengaruhi rakyat memboikot pilihanraya tidak berhasil. Ketiganya menampakkan sokongan kepada UMNO dan Pak Lah semakin bertanbah. Sekarang Pak Lah bolehlah teruskan dengan perancangan RMK-9 tanpa mempedulikan kritikan tersebut. Biarlah apa orang nak kata tetapi kalau niat Pak Lah ikhlas untuk berbakti kepada Agama, bangsa dan negara, InsyaAllah Tuhan Yang Maha Esa akan memberikan petunjuk dan kekuatan. Biarlah mereka yang mengkritik Pak Lah dengan agenda mereka masing-masing kerana kita ada agenda yang lebih besar menunggu dihadapan. Rakyat sekarang telah dapat menilai yang mana benar dan yang mana salah, Sikap Pak Lah yang tidak menjawab kritikan-kritikan tersebut dan tidak suka bermusuh telah menunjukkan keikhlasan Pak Lah yang sebenarnya. Teruskan bekerja Pak Lah, InsyaAllah kita akan menang besar di dalam pilihanraya umum nanti.
Sehingga jumpa lagi Syabas UMNO dan Tahniah Pak Lah atas kemenangan Batu Talam. Teruskan khidmat bakti untuk rakyat.

1 comment:

bro.izzat said...

Pada saya, kempen boikot oleh pembangkang amat berjaya. Jika lihat dari segi angkapun kita boleh nampak. Saya tidak faham dari segi man BN nampak berjaya dlm PRK ini.. :)