DI MALAM yang syahdu begini, hati mula berdetik diburu kesedihan yang teramat. Bantal disebelahku masih kosong yang menandakan dia belum pulang lagi. Baru aku hubunginya sebentar tadi, masih sibuk dengan urusan perniagaan katanya.
Biarkanlah dia dengan impiannya untuk mencapai cita-cita. Bak kata kawan karibku Waliza, sibuk berkerja itu adalah 100 kali lebih baik daripada sibuk `benda’ lain. Tapi hati perempuan mana yang tidak pernah merasa curiga…..
Air mata ini seakan tiada noktah, perasaan sedih dibuai keresahan di dalam meniti hari-hari yang bakal aku lalui. Semakin hampir dengan saat itu, hati semakin resah.
Walau sekuat mana aku dapat menempuh cabaran selama ini tetapi menanti saat itu adalah sangat mencabar sekali. Bak kata orang waktu itulah aku akan bertarung nyawa demi cahaya mata yang tercinta.
Sudah Sembilan bulan aku lalui penuh tabah, sebagai tanda pengorbanan seorang isteri dan juga seorang yang bergelar ibu. Betapa payah menghadapi hari-hari akhir ini dengan berbagai-bagai cabaran yang mendatang.
Terkilan aku kerana tidak mendapat sentuhan kasih sayang seorang suami yang sentiasa sibuk. Aku sentiasa di tinggalkan keseorangan. Sudah lama tangan kasar itu tidak membelai perutku yang membesar ini dan sudah lama suara garau itu tidak memujuk mesra menenangkan jiwa. Bak kata orang tiada lagi gurau senda yang membahagiakan rasa.
Anakku, betapa sedihnya mama di saat ini, maafkan mama jika kau turut sama merasakannya. Mama tidak bisa lagi menyembunyikan tangisan ini.
Ya Allah, Engkau berikanlah kekuatan kepadaku agar berhenti mengikut rasa ini. Hanya kepadaMu tempat aku mengadu dan Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku. Permudahkanlah kelahiran kali ini sebagaimana Engkau permudahkan untuk kelahiran-kelahiran yang lepas.
Anakku, janganlah engkau bersedih. Walaupun ayahmu sentiasa sibuk dan tidak dapat membelaimu tetapi mama akan sentiasa berada di sini bersamamu. Percayalah Allah akan sentiasa bersama dengan kita.
Anakku, walau bagaimana kering tandusnya kasih sayang ayah terhadap kita, mama akan terus tabah menghadapinya demi melihatmu lahir ke dunia dengan selamat. Walau betapa sayunya hati mama, tapi mama tahu semangatmu kuat untuk menempuh alam baru. Percayalah, dengan izin Allah kita berdua akan selamat.
Anakku, menjelang saat kelahiran ini, mama tidak sabar untuk menciummu, mendengar tangisanmu, memelukmu dan seterusnya mencurahkan kasih sayang. Biarlah ayahmu sibuk dengan perniagaannya, semua ini Insya-Allah akan kita tempuh berdua sayang.
Air mata ini masih terus menitis. Kesayuan terus menyelubungi disegenap kalbu. Mama masih berharap ayahmu akan berada di sini memberikan semangat, mencurahkan kasih sayang dan memberikan perhatian. Sayangnya semua itu adalah mimpi mama yang tidak kesampaian. Anakku, ketahuilah mama sangat sayang padamu!.
Sekiranya ditakdirkan……….aku akan pergi dengan seribu kerinduan.
Sekiranya ditakdirkan……….aku akan menangisi setiap kesunyian.
Sekiranya ditakdirkan……….aku resah menjelang kelahiran.
Sekiranya ditakdirkan……….aku tewas dengan perasaan.
Sekiranya ditakdirkan……….kasih sayang, cinta dan rindu akan menjadi mimpi yang sendu.
2 comments:
Tika..tahniah dapat anak yg begitu co mel sekali..namanya pun sedap..sorry la dah lama tak dapat contact tika sebab laptop i meragam sampai kini tak tau apa punca..asyik2 tak dapat server...ni pun pinjam laptop kawan kat kampus..la la terperanjat tengok tika dah dapat baby...apap2 pun kuatkan semangat ya...anak-anak lah yang akan menjadi pendorong dan semangat utk kita...mcm mana dgn exam si along haritu..tahniah dan jumpa lagi
Waliza, jangan salah faham, I belum bersalin lagi.Gambar tu sekadar hiasan.
Post a Comment