Proses bersalin kali ini aku rasa yang paling sukar kerana baby agak besar, malah yang paling besar diantara anak-anakku yang lain. Siapa sangka Fatimah boleh seberat 4.77 kg dan aku melahirkannya secara normal.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah kerana telah memberikan aku kekuatan untuk melahirkan pada kali ini.
Kepada Dr. Daud dan semua kakitangan Hospital Pusrawi yang terlibat di dalam proses melahirkan semalam aku ucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Begitu juga kepada saudara mara, kawan-kawan dan semua pembaca blog ini, terima kasih banyak-banyak kerana sentiasa mendoakan kesejahteraan aku dan Fatimah.
Rosalimah Fatimah, semoga kelahiranmu membawa sinar. Syukur Alhamdulillah.
9 comments:
salam roshatika,
Tahniah atas kelahiran baru...
Keberkatan ramadhan dan syawal yang akan menjelang...
oh! Tahniah!!!
jaga diri dan selamat hari raya :)
tahniah...semoga rosalimah fatimah jadi anak yang solehah...amin :)
tahniah Tika...semoga aidil fitri tahun ini lebih meriah dengan kehadiran baby baru...
Tahniah dan syukur alhamdulillah, ros dah selamat melahirkan rosalimah fatimah.. Amboi besar sungguh dia yer :-). Apa2 pun jaga kesihatan yer Ros..terima kasih baru sehari dalam pantang dah mengadap blog nak bagitahu kami semua .
Tahniah Kak... Semoga dgn cahyamata yang baru ni, kehidupan bertambah baik. :)
de_Kerinchi,
Semoga keberkatan ramadan dan Syawal menjadikannya muslimah sejati.
13may,
t/kasih, selamat hari raya.
Kumb@ng,
Begitulah harapannya.
Waliza,
Jemput datang rumah aidilfitri. I kat rumah mak Bagan Pinang.
Kak Long,
Rasanya Fatimah ni yang paling susah bersalin.
Soulof99,
InsyaAllah bertambah anak, bertambah rezeki.
tahniah...4.77kg...semangat tu...mesti comel.....
salam...
tahniah! tahniah!
Post a Comment