ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday, 8 July 2007

AKU CINTA PADA MU

“AKU rasa sudah beratus kali aku mengucapkan `I Love You’ dan kalimah-kalimah lain yang berbaur romantis tetapi dia hanya mengangguk dan buat endah tak endah sahaja. Berbeza benar rasanya kalau nak dibandingkan dengan zaman bercinta dahulu.”

Inilah ungkapan yang selalu kita dengar dari isteri-isteri bila menyingkap semula hubungan mereka dengan pasangan masing-masing. Para suami akan mula hilang perasaan romantis apabila semakin lama usia perkahwinan.

Bagi mereka perkara tersebut adalah remeh dan susah untuk diungkapkan walaupun bagi wanita ungkapan-ungkapan tersebut menandakan diri mereka dicintai sepenuh hati dan mereka berharap sangat pasangannya akan mengungkapkan kata-kata cinta tersebut.

Benarkah kata orang, lelaki lebih suka menunjukkan kasih sayang melalui perbuatan? Sekiranya benar janganlah mudah kita berkecil hati jika jarang mendengar ungkapan-ungkapan cinta dari pasangan kita kerana mungkin pada hakikat sebenarnya mereka mencintai kita sepenuh hati sehingga tidak terucap dengan kata-kata.

2 comments:

teja said...

Assalamualaikum
Tersentuh saya dgn post kak tika kali..mungkin kebetulan terkena batang hidung sendiri..terasa benar lainnya sikap dimasa bercinta dengan rumahtangga..kalau ditanya..jawapnya cinta bukan mainan bibir..ntahlah..walau kadang terasa hambar..sebagai isteri kita harus banyak sabar..
btw..sebenarnya saya antara pembaca setia blog kak tika since 3 bulan yg lepas..nice writing

Roshatika said...

Terima kasih Teja kerana menjadi pembaca setia blog akak...semoga memberi manafaat.

Nak tahu tak apa jawapan dia bila kita tanya sayang kita tak...jawabnya...belum tahu lagi ke?