Hari ini aku terkenang kembali sewaktu menunggu abah di IJN tempohari. Walaupun abah telah selamat menjalani rawatan tetapi perasaan risau masih lagi menghantui kerana abah akan menjalani rawatan untuk kali kedua pada bulan julai nanti.
Mengikut kata doktor yang merawat abah, prosedur angioplasti koronari tempohari tidak dapat disudahkan kerana abah tidak dapat menahan kesakitan dan terpaksa meminta doktor memberhentikan prosedur tersebut.
Pada mulanya abah meminta supaya doktor melakukan pembedahan pintasan pembuluh darah jantung tetapi doktor menasihatkan abah supaya proses angioplasti koronari dilakukan sekali lagi kerana abah juga mempunyai masalah diabetis dan juga buah pinggang.
Semasa menunggu abah di wad tempohari, banyak peristiwa yang menyayat hati dapat dilihat kerana terlalu ramai pesakit yang mempunyai masalah jantung sedang menunggu untuk menerima rawatan. Air mata yang bergenangan dapat dilihat di sana sini apabila pesakit di bawa ke bilik pembedahan dan juga apabila di bawa keluar dengan keadaan yang tidak sedarkan diri.
Aku rasa itulah harga yang terpaksa kita bayar hasil dari kemakmuran Negara.
Penyakit yang di beri gelaran pembunuh nombor satu ini telah dikenalpasti juga sebagai musuh nombor satu di dalam kehidupan manusia yang paling ditakuti di negara-negara maju. Walaubagaimanapun ianya bukan lagi pembunuh misteri kerana telah dikenalpasti berpunca daripada gaya hidup yang tidak sihat dan juga pemakanan yang tidak seimbang selain daripada faktor keturunan, jantina dan proses penuaan.
Oleh itu faktor penyakit ini boleh dibahagikan kepada dua iaitu yang tidak boleh di kawal oleh kita seperti:- (a) keturunan – sekiranya ibu bapa mengidap penyakit ini maka kemungkinan kita juga akan mengidapnya adalah lebih besar (b) jantina – golongan lelaki adalah mempunyai risiko yang lebih tinggi daripada wanita (c) proses penuaan – semakin tua risikonya akan semakin tinggi.
Manakala faktor yang boleh di kawal pula adalah (a) paras kolesterol (b) diabetes (c) hipertensi (d) tidak merokok (e) kegemukan dan (f) kurang bersenam.
Mengikut pakar kardiologi, pembentukan kolesterol di dalam pembuluh darah jantung adalah merupakan penyumbang utama kepada penyakit jantung koronari. Pembentukan ini mengambil masa yang lama iaitu bertahun-tahun sebelum menunjukkan gejalanya.
Gejala-gejala yang diperlihatkan apabila di serang penyakit ini adalah seperti terasa seperti ada cengkaman yang kuat pada dada, berat pada dada, senak dada dan sukar untuk bernafas.
Bagaimanapun sesetengah pengidap diabetes dan golongan tua, mereka tidak menunjukkan gejala ini, sebaliknya mereka akan berpeluh-peluh, rasa lemah badan, sakit pada ulu hati, pening kepala atau pengsan.
Oleh itu bagi mengelakkan penyakit yang ditakuti ini, marilah sama-sama kita mengamalkan gaya hidup sihat seperti tidak merokok, tidak mengambil alkohol dan sentiasa bersenam.
Bagi mengurangkan paras kolesterol dan kegemukan pula, bolehlah mengamalkan beberapa tip di bawah ini:- (a) cubalah menukar pilihan lauk-pauk daripada yang bergoreng dan berminyak kepada yang di kukus, rebus, panggang atau salai (b) Pilihlah daging putih seperti ikan dan ayam dan sekiranya anda sangat menggemari daging merah seperti daging lembu dan kambing maka pilihlah yang tidak berlemak (c) banyakkan makanan berasaskan sayuran dan sekiranya anda memasak mi atau nasi goreng, masukkan lebih sayuran sementara garam dan minyak dikurangkan (d) jika menghidangkan minuman manis seperti teh O atau sirap, maka perahlah limau kasturi ke dalamnya (e) bagi salad pula, gunalah kuah salad yang rendah lemak dan perahlah sebiji lemon bagi mempercepatkan pembakaran kalori yang diambil (f) akhir sekali makanlah buah-buahan segar sebagai pencuci mulut bagi menggantikan aiskrim atau pai.
Akhir kata, sama-samalah kita mengamalkan gaya hidup sihat dan makanan yang seimbang supaya kita dapat menjauhkan diri kita dari sebarang jenis penyakit. Insya-Allah.
1 comment:
Mengikut penyelidikan terkini, antioksidan yang terkandung dalam jus delima boleh mengurangkan pembentukan lemak pada dinding pembuluh darah. Antioksidan adalah kandungan yang menghadkan kerosakan sel.
Para penyelidik telah menguji jus Delima ke atas tikus dan menemui kesan tindakan jus Delima ke atas pengerasan pembuluh darah (atherogenesis) dan penyakit berkaitan seperti serangan jantung dan strok.
Mengikut eksperimen yang dibuat, kami mendapati bahawa polyphenols (bahan kimia antioksidan) dan kandungan semulajadi lain yang terkandung dalam jus delima boleh melengahkan pembentukan atherogenesis.” Kata penyelidik, professor perubatan dan klinik patologi di Universiti Naples, Italy.
Delima merupakan buah yang kaya dengan flavanoid (juga ditemui didalam wain merah). Yang mana mempunyai kualiti perlindungan untuk jantung. Penyelidik terapeutik, di pusat kajian William Harvey di London, memberi panduan, satu gelas jus delima bersamaan dengan 2 gelas wain merah, 10 cawan teh hijau, 6 cawan koko atau 4 gelas jus kranberi, yang mana kesemuanya mengandungi flavanoid.
sakit jantung
sakit jantung2
Bukan dengan hanya bersandarkan pada kajian yang terawal, penyelidik daripada Universiti California, Institut Kajian Perubatan dan Pusat Perubatan California Pacific menjalankan kajian terbaru mereka, diterbitkan pada 16 september mengutarakan tentang kardiologi, adalah yang pertama untuk menilai kesannya keatas pesakit jantung koronari.(CHD)
Mereka membahagikan kepada 45 peserta dengan rawak, dan semua dari mereka menghidapi penyakit jantung koronari dan myocardial iscermia ke dalam 2 kumpulan. Satu kumpulan menerima 250ml (8.5 oz) jus delima setiap hari selama 3 bulan dan yang lainnya diberi placebo dengan jumlah kalori yang sedikit, perasa dan pewarna pada jumlah yang sama.
Penemuan mereka menunjukkan bahawa aliran darah ke jantung meningkat sebanyak 17 peratus bagi kumpulan yang diberi jus delima,dan merosot sebanyak 18 peratus bagi kumpulan yang diberi placebo. Para penyelidik perasan bahawa kebaikan ini adalah benar tanpa kesan negatif pada lipid, darah gula, hemoglobin A1C, berat badan atau tekanan darah.
“Sebagai kesimpulannya, penggunaan harian jus delima boleh meningkatkan rangsangan tekanan myocardial ischermia ke atas pesakit yang menghidapi CHD”
,jelas penyelidik
Post a Comment