ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday, 15 July 2007

HARI-HARI YANG SURAM

Orang kata kita hanya boleh berkongsi kegembiraan tetapi kegagalan, kesedihan dan kekecewaan seharusnya tidak dikongsi dengan orang lain? Kawan ketawa mudah dicari tetapi kawan menangis sukar untuk ditemui?

Kebelakangan ini banyak peristiwa yang mengecewakan, bermula dengan kekalahan pasukan bolasepak Malaysia kepada China dan Uzbekistan dengan jaringan yang besar dan kemudiannya kita dikejutkan pula dengan kehilangan pesawat Nuri yang sehingga sekarang masih belum dijumpai.

Minggu depan abah akan masuk semula ke IJN untuk proses angioplasti yang tertunda tempohari dan suamiku pula kemungkinan akan dimasukkan ke wad HUSM Kubang Kerian untuk pemeriksaan kesihatan kerana serangan darah tinggi.

Kandungan ku pula sudah masuk bulan ke tujuh. Penat sangat rasanya, tetapi kepada siapa harus aku mengadu.....


3 comments:

Rumah Kuning said...

Sudah tentu Allah sebaik-baik tempat mengadu.Pengasih dan penyayangNya tidak dapat menandingi sekelian makhluk di langit dan di bumi.

Anonymous said...

Ngadulah kepada Dia. Dia Maha Mengetahui...

Sabar kak... Sebaliknya pasti ada hikmah yang besar. :D

Anonymous said...

sabar + yakin + tawakal + berdoa + redha =
HATI TENANG, LAPANG DAN BOLEH BERFIKIR DENGAN BAIK

emmm...lagi satu..

senyum selalu...