ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday 11 July 2007

MALAYSIA 1 CHINA 5

Malam tadi pergi Stadium Nasional Bukit Jalil tengok Bolasepak Piala Asia diantara Pasukan Malaysia dan China. Nampaknya amukan Harimau Malaysia tidak menjadi. Kita kalah lagi dengan jaringan 5 berbalas 1.

Yang mengembirakan adalah semangat melawan pasukan Malaysia tidak padam sehingga ke wisel penamat. Walaupun kita kekurangan dari segi saiz fizikal dan taktikal tetapi pemain telah membuktikan kesungguhan sehingga dapat juga menjaringkan satu gol.

Yang mengecewakan pula adalah bila sebahagian penonton Malaysia yang berpaling tadah menyokong pasukan lawan apabila kita ketinggalan.

Yang pelik pula malam tadi adalah apabila kaunter jualan tiket tidak banyak dibuka yang menyebabkan penonton beratur panjang. Sementara itu ada yang mengambil kesempatan menjual tiket secara black market dengan harga yang lebih mahal.

Lagi satu dipintu masuk pegawai polis melarang membawa mineral water di dalam botol takut penonton membaling ke dalam padang tetapi di dalam stadium pula air tersebut dijual berleluasa.


6 comments:

Anonymous said...

dari sudut positif, perlawanan ini menyeronokkan kerana terdapat 6 goal dihasilkan..satu jumlah yang susah untuk dilihat dlm perlawanan bolasepak... :-)

Anonymous said...

Hehe takpe kita tetap sokong Malaysia :)

de_kerinchi said...

Salam kak,

Bosan....apapun tahniah diucapkan kepada pemain malaysia kerana dah cuba bermain bola. Di pihak kepimpinan pula perlu ada postmoterm atas kekalahan besar yang memalukan ini, yang dah tahu tak mampu dan tak layak memimpin sila berhenti segera..

p/s :Peringatan saya memang tidak mampu untuk mengambil alih kepimpinan pasukan apatah agi tugas sebagai pemain, sila cari orang lain..huhuhu

Anonymous said...

BODOH iuthal sebaik-baik bahasa untuk pemain kita. Kerajaan bagi dah belanja berjuta-juta ringgit utk mereka. Gaji tak kurang dari RM3000 seorang. Mereka berlatih dengan kemakmuran negara dan kemudahan dan infrastruktur yang mewah.IRAQ negara yang kucar kacir dan low budget pun boleh menang, sedangkan mereka tidak dapat berlatih bersama disebabkan terperangkap dalam peperangan. Itulah kesimpulanyeee BUBARKAN JE PASUKAN MALAYSIA. Cari org baru.

Roshatika said...

Nak buat macamana, itulah himpunan pemain terbaik yang kita ada.

Anonymous said...

Roshatika,
Sebenarnya bola sepak malaysia ni tak boleh dipuji sangat..sebab sekarang ni dah naik lemak..ni firadila nak bagi beberapa cadangan...

Pertama,
Kalau ada sesuatu perlawanan besar..setiap pemain mestilah dirombak secara keseluruhannya..dan setiap pemain tu mestilah dipilih seperti nak memilih pemain untuk pasukan myteam.Tapi pemain ni mestilah yang dah menyertai liga malaysia.

Kedua,
Bila setiap pemain tu telah dipilih...latihan yang beri mestilah ala-ala askar, tebas lalang pakai tangan, basuh 1000 buah kereta setiap hari...baru lah ada tenaga..kalau nak kuat menendang..ajar setiap pemain tu sepak buah kelapa setiap hari..baru lah boleh menendang dengan kuat..

Ketiga,
Semasa latihan, ada diaorang ni tak tahan..apa lagi terminate je..apa nak susah..

sekian sahaja...walaupun firadila ni wanita..tapi tak delah lembik macam tu..

p/s firadila ni dah jalani latihan tentera askar wataniah.kalau diaorang tak tahan jalani latihan tentera...tak boleh nak cakap le..

senyum selalu...