Walaubagaimanapun ia terus bersabar dan terus mencuba tanpa berputus asa. Akhirnya berkat kesabaran ia dapat juga menangkap seekor ikan kecil. Ikan kecil yang tertangkap menjerit-jerit ketakutan dan berkata “wahai beruang, tolonglah lepaskan aku”. Tanya pula beruang “kenapa aku harus melepaskanmu?”. Jawab ikan “tidakkah kau melihat aku ini terlalu kecil untuk mu dan hanya melekat di celah-celah gigi mu”.
Ikan seterusnya memberikan cadangan “beginilah beruang, kau lepaskanlah aku ke sungai untuk aku terus membesar, selepas beberapa bulan kau tangkaplah aku semula dan makanlah aku untuk memenuhi seleramu”.
Beruang bertanya lagi “wahai ikan, tahukah engkau kenapa badanku boleh besar begini?”. Ikan menggeleng-gelengkan kepala tidak tahu sambil bertanya “mengapa?”. Beruang sambil tersenyum berkata “kerana aku tidak pernah melepaskan peluang walau sekecil manapun peluang yang terhidang di hadapanku”.
Pengajarannya adalah kita sebenarnya diberikan banyak peluang dan kesempatan di dalam hidup. Tetapi sekiranya kita tidak membuka mata dan pintu hati untuk mengambil peluang dan kesempatan tersebut maka ianya akan hilang begitu sahaja. Akhirnya ia akan membawa penyesalan dikemudian hari. Oleh itu hargailah setiap kesempatan dan peluang yang hadir di dalam hidup kita walaupun ianya hanyalah kesempatan atau peluang yang dianggap kecil.
Percayalah dimasa susah pasti ada kesempatan untuk memperbaiki keadaan, dimasa sedih pasti ada kesempatan untuk meraih kembali kebahagiaan, dimasa jatuh pasti ada kesempatan untuk bangkit semula dan didalam keadaan paling buruk pun pasti ada kesempatan untuk meraih kembali yang terbaik untuk hidup kita.
Akhir kata, sekiranya kita mengambil peluang yang kecil, sudah tentu kita akan mendapat peluang yang lebih besar dan sekiranya kita menghargai kesempatan yang kecil maka ia akan menjadi kesempatan yang besar.
1 comment:
Hi Kak Ros..menarik ye cerita beruang ni banyak pengajaran dalam cerita ni..hampir ketawa saya baca kisah ni and at the same time mintak2 dijauhkan dapat pakwe badan macam beruang..hihihi..Oh ye suka sangat saya dengar muzik background akak..menyentuh hati dan perasaan.
all the best untuk Kak Ros.:D
Post a Comment