ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Tuesday, 5 June 2007

HANDPHONE HILANG LAGI

EDISI SERIUS

SEMALAM masa balik dari kenduri kahwin rumah saudara di Teluk Kemang, anakku yang ke-dua telah singgah di Farmasi Alpro Batu 6 untuk membeli ubat, nak dijadikan cerita dia yang memegang handphoneku telah tertinggal handphone tersebut di kaunter farmasi semasa membuat bayaran.

Apabila dia teringat handphone tertinggal, maka kami kembali ke farmasi tersebut lebih kurang 10 minit kemudian tetapi handphone tersebut telah hilang. Apabila aku tanya pada jurujual farmasi dia kata tak nampakpun handphone tersebut.

Petang tadi aku pergi jumpa pemilik farmasi tersebut meminta jasa baiknya supaya melihat kembali CCTV tetapi handphone tersebut tidak dapat juga di kesan kerana CCTVnya hanya mempunyai satu kamera sahaja dan tidak dapat cover seluruh kedai.

Kenapalah pengeluar handphone tidak menyediakan satu teknologi yang boleh mengesan dimanakah kedudukkan handphone apabila ianya hilang. Syarikat pengendali talian juga seharusnya memikirkan satu kaedah supaya handphone yang hilang tidak lagi boleh digunakan apabila dilaporkan oleh pemiliknya.

Aku rasa sekiranya kaedah ini dapat digunakan barulah kecurian handphone yang berleluasa pada masa ini akan dapat dibendung.

EDISI SAJA-SAJA


SEMASA melayari internet tadi terjumpa satu web yang boleh mengesan handphone yang hilang. Kata web tersebut, anda boleh mengesan handphone anda melalui GPS. Alamat webnya adalah seperti berikut:-

http://www.sat-gps-locate.com

Anda cuma perlu masukkan nombor handphone anda dimulakan dengan kod negara iaitu bagi Malaysia 60. Oleh itu sekiranya nombor handphone anda adalah 019-1234567 maka anda perlu masukkan 6019 dan diikuti dengan nombor handphone 1234567.

Sekiranya anda kehilangan handphone atau saja-saja ingin mengetahui kedudukan handphone anda atau handphone kawan-kawan, anda bolehlah mencuba.

2 comments:

Anonymous said...

ada software yang bole kenalpasti sapa yang curi hp.. kalau guna simcard sendiri.. sebab program tu akan automatik send sms kat no. yang telah disetkan..

So.. bila dapat no. tu, kena lar menyamar dan last sekali bila dah ayat baik serta dapat nama, add dia pegi ler.. serbu.. :)

Anonymous said...

Can ner plak bila dia keluarkn kad sim dr hnset?
Boleh cari ker..