[Artikel ini pernah di tulis pada bulan Februari 2007 dan saya ulang semula memandangkan gejala ini tiada penghujungnya dan ditambah pula dengan aktiviti meminum minuman keras yang semakin menjadi-jadi]Anak-anakku, mama sanggup bersengkang mata mencari rezeki untuk kamu semua menimba ilmu. Walaupun setakat ini kamu semua membanggakan mama tetapi mama masih lagi risau terhadap masa depanmu, mama takut kamu tersalah langkah.
Mira dan Yana, belajarlah bersungguh-sungguh, walaupun kamu berdua telah dapat menempatkan diri kamu disalah sebuah sekolah yang terbaik, yang kamu bangga-banggakan, SMK Zainab 1, Kota Bharu, yang kamu kata elite girls school, tetapi semua itu tidak akan bererti sekiranya dirimu sendiri yang tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh.
Mira dan Yana, ingatlah janji kamu dengan mama, ingatlah bicara kamu tempohari, `Mama, enam orang senior kita telah diisytiharkan sebagai pelajar terbaik kebangsaan dalam PMR yang lepas'. Contohilah mereka, supaya pada tahun ini dan tahun depan, mama dapat melihat dua orang anak mama pula diisytiharkan sebagai pelajar terbaik kebangsaan.
Untuk Aslam pula, mama juga bangga dengan kamu. Mama dah cuba berikan yang terbaik untuk kamu. Masa kamu hingusan lagi, di mana kawan-kawan sebaya kamu masih lagi bermain lumpur, kamu telah di hantar keluar negara, Kaherah, menimba ilmu. Mama masih ingat lagi, semasa itu kamu berumur lapan tahun, masa di airport kamu meronta-ronta tak mahu pergi, tapi bila kamu ingatkan harapan keluarga, kamu gagahkan juga menaiki pesawat, mama sedih, kamu terlalu muda tapi bila mama memikirkan masa depan mu, mama izinkan.
Walaubagaimanapun mama minta maaf kerana terpaksa membawa kamu balik ke Malaysia tanpa menghabiskan pelajaranmu di sana. Mama terlalu risau apabila Iraq diserang. Mama takut peperangan itu akan merebak ke tempat kamu. Untuk pengetahuan kamu, mama sampaikan keguguran adik kamu yang keenam kerana terlalu risaukan kamu disana. Tapi mama tahu, kamu anak yang pandai, walaupun tiga tahun kamu tidak mengikuti pelajaran kamu disini, kamu masih dapat menempatkan diri kamu ke sekolah yang baik selepas UPSR yang lepas, Maktab Sultan Ismail, Kota Bharu, bekas sekolah ayahmu yang dia selalu bangga-banggakan.
Ayuhlah wahai anak bangsaku! Bangkitlah!!



3 comments:
Ayah budak kat foto tu mesti pakar nombor ekor...
jati diri bangsaku yg semakin hilang...hmmmm
Terapkan ilmu agama secukupnya kepada belia kita pada hari ini. Sebenarnya rohani belia kita dahagakan ilmu agama, ilmu yang memberikan ketenangan dan kejayaan di dunia dan di akhirat.
Jika belia sekarang memelihara agama dan meletakkan Allah sebagai no1 dalam minda mereka, Insyallah belia-belia ini akan menjadi pemuda Allah yang sememangnya akan mencapai kejayaan yang hakiki.
Agama islam perlu sentiasa di amalkan... jangan bila ada orang meninggal dunia barulah hendak guna islam, jangan bila nak kahwin barulah nak guna Islam, jangan nanti ditimpa musibah baru nak guna Islam. Islam perlu selalu digunakan dalam kehidupan kita, setiap saat dan ketika. Jadi jagalah agama walaupun dari hal kecil sehingga sebesar2 kes :)
Post a Comment