ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday, 23 April 2007

ASAS-ASAS PEMBENTUKAN MINDA KELAS PERTAMA (SIRI 1)


SELEPAS saya menulis artikel berkenaan Minda Kelas Pertama, ada beberapa pembaca yang bertanya kepada saya melalui email tentang apakah yang seharusnya mereka lakukan bagi membentuk minda menjadi Minda Kelas Pertama.

Pertamanya cuba kita fahami apakah yang dimaksudkan dengan Minda Kelas Pertama. Saya memetik kata-kata Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi “Masyarakat berminda kelas pertama adalah masyarakat yang berpengetahuan, mampu berdaya saing, berbudaya kerja cemerlang, berintegriti dan memiliki kekuatan moral. Mereka juga tahu menghayati dan menghargai budaya, kesenian dan warisan serta sejarah Negara, bangsa dan agamanya. Identiti nasionalnya kekal terserlah melalui pembinaan jati diri yang kukuh dan tidak mudah dihanyutkan oleh arus globalisasi. Prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan dan kesetiaan kepada Raja dan Negara senantiasa dijunjung.

Pembentukkan minda kelas pertama menjadi agenda penting negara selepas Perdana Menteri menjadikannya teras kedua Misi Nasional yang terkandung dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).Ia tidak terbentuk dengan sendiri, sebaliknya perlu ada usaha memupuk secara sistematik dan terarah.

Oleh itu segenap lapisan masyarakat perlulah memiliki minda kelas pertama bagi mendepani pelbagai cabaran dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK-9) dengan sentiasa berfikiran positif, kreatif dan inovatif. Inilah asas kepada pembentukkan minda kelas pertama iaitu berteraskan kepada keupayaan masyarakat meningkatkan ilmu pengetahuan.

Apabila kita menyebut meningkatkan ilmu pengetahuan, sudah tentu perkara yang paling penting adalah dengan mengamalkan pembacaan, penulisan dan berdiskusi. Ketiga-tiga perkara inilah yang akan merangsang minda kita untuk berfikir.

Saya ingin meminjam kata-kata penulis dan ahli falsafah British, Francis Bacon ( 1561-1626), "Membaca menjadikan seseorang itu lengkap dengan ilmu, berdiskusi menjadikan seseorang itu bersedia, dan menulis menjadikan seseorang itu tepat".

Membaca membolehkan kita mengetahui pendapat dan pengalaman orang lain yang boleh dimanfaatkan dalam menjana idea, membentuk pendapat kita sendiri selain daripada manambah ilmu. Rajin berbincang dan bertukar pendapat pula melatih kita bersedia mengutarakan idea, berkongsi pengetahuan dan pengalaman, secara berhadapan dan interaktif. Manakala menulis pula melatih kita mencapai ketepatan dalam menyampaikan pendapat dan idea dengan menggunakan perkataan dan ayat yang paling sesuai.

Sekarang jelas kepada kita, asas-asas pembentukan Minda Kelas Pertama adalah dengan banyak membaca, menulis dan berdiskusi.

Selain daripada itu kita perlu mempunyai pemikiran yang kritikal, konstruktif dan kreatif. kritikal bermaksud kita harus mencari ruang penambahbaikkan. Bagaimana baik sekali pun apa yang dilakukan, kita tidak boleh mudah berpuas hati.

Untuk membentuk minda kritikal, kita mesti banyak bertanya iaitu bertanya diri sendiri dan orang lain. Soalan yang betul akan memberikan jawapan yang betul. Kita mesti bertanya ‘mengapa’ kita melakukan sesuatu bagi mengetahui adakah ‘apa’ yang dilakukan itu betul. Orang yang berfikiran kritikal tidak menerima sesuatu secara sewenang-wenangnya tanpa bertanya.

Rudyard Kipling, seorang penyajak Inggeris pernah mengarang sajak berkenaan faedah bertanya.

I keep six honest serving-men

They taught me all I knew

Their names are What and Why and When

And How and Where and Who

Teknik bertanya soalan-soalan yang bijak dan pandai ini akan menghasilkan idea-idea yang baru.

Kritikal saja tidak mencukupi. Sewajarnya kritikal itu disertai dengan konstruktif. Kita harus berpegang dengan falsafah bahawa ‘mencari jalan membetulkan sesuatu kesalahan itu lebih penting daripada mencari siapa yang membuat kesalahan’. Kita tidak perlu menjadi hebat dengan merendah-rendahkan orang lain. Biarlah kita menjadi hebat kerana kita bukan saja mampu kritikal tetapi juga konstruktif.

Untuk konstruktif, kita perlu kreatif. Kita mesti kreatif dalam memberi idea membina, kreatif dalam menyelesaikan masalah dan juga kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan. Kreatif menuntut kita berfikir di luar kotak pemikiran biasa. Kita tidak harus terperangkap dalam pemikiran dan kaedah lama bagi menyelesaikan masalah baru.

Seseorang boleh menjadi kreatif sekiranya kita menyediakan suasana kondusif untuk itu. Antara yang boleh dilakukan ialah memberikan ruang untuk perbezaan pendapat. Sekiranya seseorang dihukum setiap kali idea barunya gagal, dia tidak akan menjadi kreatif. Dalam sesebuah masyarakat kreatif, hasil adalah penting. Namun, yang lebih penting ialah kesediaan seseorang mencuba idea baru.

2 comments:

Venus said...

Tetapi berapa ramai yang benar2 faham dan tahu begaimanakah kita boleh mencapai tahap minda kelas pertama ini?

Bercakap sangat mudah … tetapi menbuktikannya memang sukar. Minda bukan setakat intelek. Minda juga bukan setakat bidang motivasi. Minda juga bukan setakat mencapai kejayaan dalam kehidupan kita sahaja. Isu besarnya, minda merangkumi segala sudut. Baik segi kehidupan individu, sistem nilai masyarakat, kepercayaan individu, politik, ekonomi dan segi sosial sesebuah negara.

Dari segi akademik, data terbaru menunjukkan kedudukan universiti Malaysia di mata dunia semakin merudum. Kita telah terkeluar dari ranking 200 terbaik dunia. Memang menjadikan minda bertarap pertama, pendidikan adalah intinya. Tetapi saat berdengung2 istilah ini diucapkan, semakin teruk tahap pendidikan kita dibandingkan negara2 luar.

Yang selalu mengucapkan istilah ini adalah kelompok2 kaum “me-layu”. (saya masih mencari hubungan perkataan ini dengan cara pemikiran melayu). Yang masih mencari2 kekuatan dari segi ekonomi dan sosio kehidupan seharian.

Bagaimana mahu berada di tahap pertama jika kita masih dilambakan dengan majalah2 yang memaparkan kulit dan isi. Lekap dan melekap. Peluk dan dipeluk??? Majalah kecil mengatakan artikel adalah untuk memberi pengajaran tetapi cara penulisan adalah lebih bersifat merangsang??? Disebelah pagi, medium visual melontarkan masalah tentang akhlak remaja.. sejam kemudian medium yang sama menyiarkan dan menganjurkan aktiviti berpesta tanpa had yang melampau. Medium kertas mempersoalkan masalah jenayah seks, di masa yang sama syarikat yang megeluarkan medium tersebut turut mengeluarkan majalah yang “mendebarkan”. Perpatah melayu; ibarat baling batu sembunyi tangan.

Dari segi politik…?$#@&%*. Macam mana mahu jadi pertama jika “penjara” minda dikukuhkan. Kerangka minda dipasang oleh mereka yang mahir dalam propaganda. Kita tidak sedar seharian kita dipasak dengan tiang tiang besi yang disebarkan dari medium2 yang akan digunakan untuk kepentingan sesetengah kelompok. Istilah rezeki dari Allah hanya dimulut tetapi dihati takut untuk berkata tentang kebenaran kerana takut tidak mendapat habuan atau takut “drajat” dunia di tarik balik.

Moga mereka yang mengungkapkan istilah itu benar2 jujur. Atau hanya ingin menjadi penipu di dalam bangsa sendiri. Dalam mereka berkokok untuk membina minda pertama, sebenarnya mereka memasang semakin banyak tiang2 besi yang hanya meletakan dan memenjarakan minda melayu dan masyarakt malaysia dalam kelompok minda tahun 6o an….

Asa Loan said...

Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com


Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com