ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Thursday 12 April 2007

MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT

PETANG tadi aku menghadiri majlis bacaan yasin dan doa selamat di rumah Puan Hajjah Khatijah binti Ismail. Kak Tijah ni sebenarnya seorang guru dan juga seorang yang aktif di dalam politik. Beliau merupakan AJK Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Telok Kemang.

Suaminya, Tuan Haji Jamal Abdul Nasir bin Bakar pula adalah seorang ahli perniagaan yang berjaya di samping memegang berbagai jawatan dalam politik dan persatuan di peringkat negeri dan juga kebangsaan, khasnya di dalam Persatuan Lawn Bowl Malaysia.

Kak Tijah juga adalah sepupu kepada Tan Sri Mohd Isa bin Haji Abdul Samad iaitu bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Sebab itu lah apabila ke ruang tamu rumahnya terpampang potret Tan Sri bersama Allahyarhamah Puan Sri Hajjah Hazizah binti Haji Tumin.

Potret Tan Sri Mohd Isa bin Haji Abdul Samad dan Puan Sri Hajjah Hazizah binti Haji Tumin


Inilah tuan rumahnya, Kak Tijah yang sedang mengambil gambar tersebut.
(Kak Tijah, maaf ya! angle gambar tak menarik)


Yang pakai baju merah tu adalah mak aku yang paling aku sayangi, pegang botol susu cucu lagi!. Yang bertudung putih di sebelah adalah Mak Ngah Satiyah iaitu kakak kepada Allahyarhamah Puan Sri Hajjah Hazizah.


Antara tetamu yang hadir di majlis tersebut.


Budak ni siapa lagi kalau bukan Aisyah, anakku yang paling kecil, dia pun sibuk nak ikut sama.

No comments: