Saturday, 7 April 2007
MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERUNCITAN BUMIPUTERA
SEMALAM 5 April 2007, Saya menghadiri Majlis Pelancaran Program Peruncitan Bumiputera yang diadakan di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Majlis tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri , Y.A.B. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Program tersebut yang dianjurkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi akan dikelolakan oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) akan melahirkan 30,000 usahawan bumiputera sepanjang Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).
Program tersebut adalah merupakan proses membudayakan orang melayu supaya berminat dalam peruncitan yang mudah, tidak memerlukan modal besar, boleh diusahakan secara berkeluarga dan boleh dibuka di mana-mana berasaskan konsep usahawan membangunkan usahawan.
Intipati ucapan Perdana Menteri dalam majlis tersebut adalah usahawan runcit perlulah bersungguh-sungguh, rajin, gigih, tidak cepat berputus asa dan bukan menceburi bidang ini hanya sekadar untuk cuba-cuba.
Perdana Menteri menambah, jangan sebab apa yang berlaku di rumah, sehingga di kedai pun bermuka masam. Sebaliknya peruncit mestilah sentiasa peramah, tidak lokek memberikan senyuman dan mengucapkan selamat datang atau selamat pagi kepada para pelanggan.
Peruncit juga diingatkan menumpukan perhatian kepada perniagaan dan jangan kerana asyik menghadiri majlis kenduri sehingga terpaksa menutup perniagaan.
Selain daripada itu, jangan biarkan pelanggan marah kerana ketiadaan wang kecil, sebaliknya wang kecil mestilah mencukupi bagi melayan kerenah pelanggan.
Pada masa yang sama Perdana Menteri menyatakan program ini boleh memberikan manfaat kepada anak-anak peruncit. Kalau perniagaan sudah maju, ianya memberi jaminan pekerjaan kepada anak-anak dan anak-anak yang menimba lebih banyak ilmu akan memberikan tambah nilai kepada perniagaan tersebut, lama-kelamaan ia akan menjadi besar di bawah pengurusan generasi kedua.
Majlis tersebut selesai lebih kurang pukul 12.00 tengah hari dan selepas melawat gerai pameran, saya pun beredar untuk makan tengah hari dan bersurai.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Saya pun ada kat situ...mungkin duduk sebelah kot(tengok gambar tu sama je view).
So, adakah berbaloi pegi kat situ? Ada bisnes yang menarik?
Saya rasa banyak info yang kita boleh dapat dari ucapan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan banyak nasihat berguna dari PM kita.
Post a Comment