ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday, 2 April 2007

NAJMIL FAIZ : THE TRUE MALAYSIAN IDOL

``Berikan saya 10 orang pemuda, maka akan bisa saya goncangkan dunia''
– Presiden Sukarno

APABILA melihat pemenang anugerah Tokoh Maulidur Rasul 2007, daripada lima pemenang tersebut saya tertarik dengan satu nama iaitu Najmil Faiz Mohamed Aris. Pada mulanya saya terkeliru adakah ini orangnya yang saya baca wawancaranya dengan sebuah akhbar harian tidak berapa lama dulu.

Di dalam wawancara tersebut, cerita pengalamannya menuju kejayaan begitu mengesankan saya. Selepas melakukan sedikit penyelidikan, maka sahlah, itulah orangnya.

Di dalam wawancara tersebut beliau menceritakan selepas gagal di dalam peperiksaan SPM dengan mendapat pangkat 3, beliau bekerja di sebuah stesen minyak di Bandar Pasir Mas, Kelantan. Ketika bekerja disitulah beliau disindir oleh kawan sekolahnya “dulu belajar malas, sekarang kerjalah isi minyak”.

Daripada situlah beliau berazam untuk menjadi seorang yang berjaya dan memasang cita-cita untuk melanjutkan pelajaran ke luar Negara. Daripada bekerja di stesen minyak beliau Kemudiannya bekerja dengan sebuah firma sebelum menyambung pelajaran ke peringkat diploma di Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn (KUiTTHO), di Batu Pahat.

Kemudiannya pada tahun 2000 beliau melanjutkan pengajian ke peringkat sarjana muda kejuruteraan dan seterusnya ke peringkat Ijazah Kedoktoran (PhD) di Universiti Metropolitan di Leeds United Kingdom.

Beliau telah pun memperolehi Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam usia yang baru mencecah 25 tahun dan merupakan antara penerima PhD yang termuda.

Yang lebih membanggakan ialah beliau telah mendapat biasiswa daripada universiti itu sendiri untuk pengajian PhD nya kerana kecemerlangan di peringkat ijazah kejuruteraan di universiti yang sama.

Semasa pengajian PhD, beliau juga telah membuat kajian dengan salah sebuah syarikat terkemuka di United Kingdom dan pada 14 Mac 2005, beliau telah membentangkan hasil kajian beliau kepada anggota Parlimen United Kingdom di London dan memenangi anugerah The Best Research of Good Prospect (2005).

Beliau membentangkam kajian mengenai Proses Mikro dan Kejuruteraan Nano selama 15 minit. Pembentangan beliau tidak menghampakan apabila anggota Parlimen yang hadir bukan sahaja amat berminat dengan ideanya tetapi juga memberikan galakan kepadanya untuk meneruskan kajian yang membabitkan Nano dan Micro Machine Process.

Najmil Faiz yang terpilih sebagai antara pelajar Asia paling cemerlang, berjaya membuka mata industri United Kingdom terhadap kebolehan rakyat Malaysia menerusi inovasi yang dihasilkan. Kajiannya berkaitan teknologi mengurangkan geseran mampu mengurangkan kos serta meningkatkan keefisienan dalam industri dan sektor pembuatan.

Pengurangan geseran akan membantu meminimumkan kehausan terhadap peralatan yang digunakan dalam sektor perkilangan. Kajian beliau amat diminati pengilang kerana ia dapat menjimatkan kos operasi,masa, meningkatkan kadar hayat mesin dan gear.

Selain itu, teknologi ini mampu dimanfaatkan oleh sektor perubatan terutamanya dalam pembedahan tulang belakang dan tulang pinggul, dengan meminimumkan geseran pada permukaan dan sendi tulang yang dapat memastikan tulang berfungsi dalam keadaan yang terbaik.

Hasil daripada pembentangan beliau yang memancarkan kecemerlangan akademik dan mutu kajian yang tinggi itu, Menteri Perindustrian Britain, Brian Edden menawarkan Najmil peluang seumur hidup untuk membentangkan hasil kajiannya di House of Common.

Kejayaan yang dikecapi Najmil Faiz bukanlah dengan jalan yang mudah. Beliau telah mengorbankan usia muda dan keseronokan demi mencapai kejayaan. Beliau terpaksa mengikat perut dan sanggup berjalan kaki untuk kemana-mana dan tidak pernah menggunakan pengangkutan awam bagi menjimatkan perbelanjaan. Apabila dia menghantar gambar kepada ibunya, ibunya terperanjat kerana beliau telah kurus.

Di sana juga beliau terpaksa bertungkus-lumus bekerja sambil belajar sehingga tidur hanya dua tiga jam sehari pada waktu rehat tengah hari dan bekerja sementara menunggu kuliah petang. Semua jenis kerja keras dilakukan beliau termasuk mencuci bangunan dan mengangkut barang semata-mata bagi menampung kos pengajian dan sara hidup.

Pada pendapat beliau, sebagai manusia dan orang Melayu, beliau mesti membuktikan keupayaan. Agenda untuk bangsanya cukup besar. Pendidikan menjadi satu-satunya aset tidak ternilai untuk kejayaan sesebuah bangsa.

Kesimpulannya, sekiranya kita gagal, kita tidak seharusnya cepat berputus asa kerana kemungkinan kegagalan tersebut adalah titik permulaan untuk kita berjaya pada masa akan datang.

5 comments:

muhibmahbub said...

Slm...hebat betul dia,baru tahulah pulak saya,ni boleh himpun dlm tokoh nusantara moden ni.

Anonymous said...

salam..saya bangga dengan kejayaan najmil.saya akan jadikan beliau sebagai sumber inspirasi saya untuk terus maju kehadapan.hidup melayu!!!

hud aikara said...

saya baru menonton siaran ulangan tentang najmil semalam di TV dn memang luar biasa kerja keras dan pencapaiannya. saya amat bangga dengan anak malaysia yang amat gigih ini. Syabas!

Anonymous said...

salam...

kalau tak salah saya dia buat dip kat twintech laa... itu yg saya tgk kat tv laaa...

but anyway, aku adore his kegigihan after 2 kali drop...

gua respect lu mat...

adzroy said...

salam.. i ve read n follow your story bout ur past n future life.. thats really impress me.. im so proud of u mr Najmil... i totally agreed with your motto... to be honest.. you're one of my idol.. if i do to have a chances to meet u n listen to your movivation,for sure im the luckiest guys in Malaysia.. Congratulation...