ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday 4 April 2007

MAMAT DENGAN TIE DAN KASUTNYA

MUHAMAD Alham Zuhri adalah anakku yang ke empat. Kawan-kawannya panggil dia Alham, neneknya panggil Zuhri tetapi kerana atuknya panggil dia Mamat jadi nama tu melekat di kalangan keluarga terdekat.

Mamat sekarang berumur 9 tahun dan berada di Tahun 3, Sekolah Kebangsaan Panglima Adnan, Port Dickson. Hobinya yang utama adalah bermain komputer, harap-harap besar nanti jadilah seperti Bill Gates atau Steve Jobs atau sekurang-kurangnya seperti Dr. Irfan Khairi.

Hari ni bukan nak cerita Mamat dengan komputernya tetapi nak cerita Mamat dengan tie dan kasutnya. Baru semalam bapanya belikan tie dan kasut baru. Kalau nak dikira balik aku rasa dah berpuloh tie dan kasutnya bertukar.

Aku pun tak tahu perangainya yang asyik hilang tie. Kasutnya pula selalu tak dibasuhnya dan bila sampai malam isnin bapanya belikan kasut baru. Kiranya macam pakai buang aje lah. Nasib baik kasutnya murah, brand Arora RM7.50. Kata ayahnya nanti malu kat cikgu kasut anaknya kotor. Kadang-kadang terpaksalah aku powderkan saja kasutnya kerana semua kedai kasut dah tutup.

Ayahnya kata, zaman sekolanya dulu hanya dibelikan satu tie untuk satu tahun dan kasut pula adalah dua tiga pasang. Anak-anakku yang lain tak ada pulak perangai macam ni, mamat seorang aje. Anak-anak yang lain tahu jaga diri masing-masing. Maklumlah adik-beradik ramai, ayah dan mama pula sentiasa sibuk. Nasiblah kau orang semua dapat ayah dan mama yang berniaga.

Pernah ayahnya denda dengan memotong duit belanja sekiranya tienya hilang atau kasutnya kotor tetapi itupun berkesan untuk seketika sahaja.

Aku pun tak tahu nak buat macam mana lagi….. Dan sekiranya sesiapa ada cara yang berkesan untuk mengatasi masalah ini, tolonglah berikan cadangan.....Terima kasih.

3 comments:

Anonymous said...

Erk.. sama macam saya jer :P hehe ntah lah bagi saya wasting time jer basuh kasut ni hehe sejak dari kecik sampai lah besar memang jarang-jarang sangat basuh kasut..

Walaubagaimanapun memang ini satu sikap yg negative huhu.. saya pun tak dapat nak bagi nasihat kerana saya sendiripun mcm tu.. cuma bila dah besar ni saya dah kerap basuh apabila menghayati "Kebersihan adalah separuh daripada iman" :)

Mungkin patut bersyukur dapat anak macam ni.. ader anak orang lain bila kotor sedikit dah taknak guna..

p/s: Mungkin anak akak "Low profile" biler besar nanti... hehe

Roshatika said...

Betul ke macam Labanon? Harap-harap besar besok pun pandai macam Labanon ya! he he

Akak tahu SMK Dato' Ahmed Maher tu antara sekolah terbaik kat Kelantan.

Anonymous said...

cadangan: suruh dia buat parol.

pukul 11.00pagi,01.00petang,3.00petang,5.00 petang,7.00malam,9.00malam,11.00malam

huhuhu.. suruh tulis (dimana tie tersebut berada) dalam satu buku setiap kali waktu2 tu tiba.. :D

kejam sangat tak? :P