APABILA Tun Dr. Mahathir, bekas Perdana Menteri berkata sepanjang beliau menjadi Ketua Kerajaan, semua perkara berjaya dilakukannya kecuali satu, iaitu untuk mengubah minda bangsa melayu.
Majoriti bangsa melayu lemah dari segi ciri-ciri keusahawanan. Mereka terlalu percaya kepada untung nasib dan takdir semata-mata tanpa berusaha dengan gigih dan bersungguh-sungguh.
Mereka lebih mudah menyalahkan orang lain diatas kegagalan mereka dan tidak pernah bermuhasabah diri kenapa mereka gagal. Sebab itulah mereka tidak belajar dari kegagalan dan selalunya akan mengulangi kesilapan yang sama.
Bangsa melayu lebih gemar berpolitik untuk mendapatkan kuasa sehingga sanggup untuk melakukan apa saja, tetapi persaingan dan perancangan mereka untuk mendapatkan kuasa politik tidak pula di terjemahkan bagi menguasai ekonomi. Mereka sebenarnya belum sedar akan kehilangan politik sekiranya tiada ekonomi.
Berbalik kepada minda bangsa melayu. Kenapa begitu sukar untuk berubah?. Pada pandangan saya kita tidak perlu merasa pelik kerana dari zaman penjajah lagi bangsa kita di orientasikan minda mereka untuk menjadi petani,
Bila kita merdeka, banyak kemajuan yang telah dicapai oleh bangsa melayu. Dari kebanyakkannya petani, kita berjaya melahirkan professional-profesional di dalam berbagai bidang termasuklah melahirkan usahawan-usahawan.
Tetapi mungkin tanpa kita sedari, kita masih lagi diajar dan diasuh untuk terus bergantung kepada kerajaan. Walaupun kita menjadi usahawan, kita masih mengharapkan bantuan-bantuan daripada kerajaan.
Minda kita sebenarnya tidak seratus peratus berubah. Saya teringat satu iklan yang selalu berkumandang di radio tidak berapa lama dulu. Ada tiga orang budak yang mewakili tiga kaum iaitu melayu, india dan cina, ditanya apakah impian masing-masing apabila dewasa kelak.
Budak Melayu berkata saya ingin menjadi seorang JURUTERA kapal terbang, Budak India ingin menjadi PEMANDU kapal terbang manakala budak Cina pula ingin menjadi PENJUAL Kapal terbang.
Nampaknya ketiga-tiga budak tersebut mempunyai impian yang sangat baik tetapi sedarkah kita yang anak cina telah meletakkan ciri-ciri perniagaan di dalam impiannya. Dikala anak melayu dan india memasang impian untuk membuat dan menggunakan kapal terbang, anak cina ini lebih gemar mengambil barang yang telah siap dan memasarkan sahaja.
Perkara tersebut tidak ada bezanya dengan cara mereka membeli rambutan dan durian dari dusun-dusun bangsa melayu di kampong. Mereka membeli dengan harga murah dan kemudiannya menjual dengan harga yang lebih mahal di Bandar-bandar besar.
Lihatlah bagaimana bijaknya mereka menggunakan keupayaan minda bagi mengeksploitasikan barang yang telah siap bagi mendapat keuntungan. Mereka sedar cara tersebut adalah cara yang lebih mudah untuk memperolehi kekayaan tanpa perlu bersusah payah menanam, menjaga dan menunggu pokok-pokok tersebut mengeluarkan buah.
Bukankah kaedah yang sama juga dilakukan oleh NUFFNANG dan ADVERTLET. Mereka tidak perlu bersusah payah membina blog-blog dengan kandungan yang menarik bagi menarik pembaca, sebaliknya dengan mudah menggunakan blog-blog yang telah berjaya bagi mengaut keuntungan
Anjakan minda seperti inilah yang perlu di jadikan model oleh usahawan-usahawan kita. Mereka telah menunjukkan kepada kita inilah cara yang lebih mudah untuk mencipta kekayaan.
Kenapa usahawan internet kita boleh terlepas pandang dengan peluang ini?. Jangan tanya saya, kerana saya bukan usahawan internet. Sebaliknya anda semualah yang harus menjawabnya.
Walau apa pun alasannya, kita masih belum terlambat. Saya harap selepas ini ada diantara kita yang akan menggunakan kaedah berfikir seperti ini untuk bersaing dengan mereka.
Lakukanlah penghijrahan minda dan ubahlah cara berfikir, nescaya anda semua akan berjaya…….
7 comments:
urm..bag's artikel ni..memang begitulah bangsa kita..huhu. semoga kita berubah..
Kak Roshatika, jom kita bertukar link..saya dah siapkan blog baru ni.. bertajuk "Movie Theaters". Nanti kak Roshatika boleh la melawat di www.dinberamboi.com
Saya dah masukkan link kak roshatika dalam blog saya tu.
Saya akan masukkan movie dan cerita yg best2 nanti..boleh la kak roshatika download klu berminat..free jer..hehe..
bye2..aslkm
Akak rasa akak dah add link Zainuddin, T/kasih kerana add link akak.
Ya, cara berfikir kita kena ubah, bukan setakat berfikir untuk hasilkan produk tetapi juga macamana untuk mengeksploitasikan produk akhir.
Idea yang bagus ni. Strategi nuffnang dan advertlet telah mewujudkan pasif income kepada mereka secara berpanjangan.
Betul tu Melayu masih lemah dari segi mentaliti ekonominya. Apa yang pasti Melayu masih dalam dilemma.
Zahiramli, mereka telah menunjukkan kepada kita cara mudah untuk mengautkan kekayaan,
Kaedah beginilah yang perlu kita praktikkan.
sangat benar tulisan akak ni..
hmm..
saya juga sedar hakikat ini.. saya antara melayu yang masih tidak yakin dengan diri sendiri. sebenarnya banyak kali sudah saya merancang program seakan-akan adsense dan ebay, tapi terhenti ditahap perancangan dek kerana rasa rendah diri.
cuba fikirkan, berapa ramai melayu seperti saya?
Aku, Jangan rasa rendah diri, kita tiada kekurangan apa-apa daripada mereka, malah kita sebenarnya lebih bijak dan lebih kreatif.
Teruskan usaha dan saya berharap segala yang dirancang akan diterjemahkan.
Saya berbangga dengan anda.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
Post a Comment