Beliau bukan tidak mampu memilikinya tetapi menolak kerana khuatir panggilan serta sistem pesanan ringkas (SMS) akan mengganggu tumpuannya untuk mengulangkaji pelajaran. Katanya untuk berjaya, handphone bukanlah satu syarat untuk memastikan seseorang pelajar itu mendapat keputusan yang cemerlang.
Tetapi berapa ramai anak-anak kita yang boleh bersikap seperti beliau?. Anak sulongku yang berada di tingkatan 3, sudah tiga handphone bersilih ganti, tetapi selepas handphonenya yang ketiga hilang, aku belum lagi menggantikannya. Setiap kali dia minta, aku beri alasan tunggu selepas PMR.
Sebenarnya ayahnya memang tidak suka dia memiliki handphone, tetapi selepas mendapat keputusan cemerlang di dalam UPSR, Atuknya menghadiahkan handphone, Jadi ayahnya terpaksalah diamkan sahaja kerana hormatkan bapa mertuanya.
Anak kedua pula selepas mendapat 5A dalam UPSR yang lepas, juga minta dibelikan handphone, katanya dulu Kak Long dapat, kenapa dia tak boleh dapat. Tetapi setiap kali itulah aku memberikan alasan, tunggu Kak Long habis PMR.
Persoalannya adakah mereka ini semua, yang belum bekerja memerlukan handphone?. Apakah kepentingan handphone kepada mereka?. Aku rasa Kementerian Pelajaran pun berkecamuk tentang perkara ini. Dulu pernah satu masa dibenarkan pelajar-pelajar sekolah membawa handphone dan boleh menggunakannya sebelum waktu persekolahan bermula, waktu rehat dan selepas sesi persekolahan, tetapi kemudian menarik balik kebenaran tersebut.
Alasan membenarkan penggunaan handphone di sekolah, supaya ibu-bapa mudah untuk memantau dan memastikan keselamatan anak-anak mereka.
Alasan untuk menarik balik semula adalah kerana mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas jika pelajar menggunakan SMS. Selain daripada itu boleh menimbulkan persaingan tidak sihat di kalangan pelajar untuk memiliki handphone yang terkini dan tercanggih. Seterusnya akan mewujudkan jurang diantara pelajar berada dan kurang berada.
Masalah kecurian handphone juga pasti akan berlaku dan akan menyebabkan psikologi pelajar akan terganggu.
Walau apa pun alasannya, kita tidak boleh nafikan kebaikan dan keburukan yang dibawa oleh handphone. Tetapi yang pastinya, kita tidak mampu untuk menolak teknologi, sama ada perlu atau tidak anak-anak kita menggunakan handphone, terpulanglah kepada pemikiran masing-masing. Tepuk dada tanya selera.
5 comments:
Ini semua terpulang kepada sesorang pelajar itu sendiri :) Kalau ada hp dan pelajaran terus merosot baik tak payah guna hp..
p/s: Paling bimbang dengan hp akhlak terjejas :(
memang terpulang..tapi saya, sebagai pelajar, akui yang handphone dapat melalaikan SESETENGAH pelajar. saya tidak katakan semua. saya tidak mempunyai handphone semasa SPM (form4-5). namun apabila tahun1, barulah handphone itu mempunyai kepentingan, iaitu untuk berkomunikasi.
memang ada pro n kontranya. sebab life budak2 sekarang berbeza dengan zaman kita dulu.
p/s: tapi kadang2 geram jugak tengok parents yang anaknya baru darjah 3 dah ada handphone... macam mana kalau kena curi kat sekolah?
ermmm sometimes kita tak leh nak menolak technology..technology is good.but kita yg buat technology jadi not good..mean kita yang salah gunakan technology tu...apepun, bila primary school studnets been exposed with hp ..i think tu dha jadi benda tak sehat la kak...
Anak saya yang pertama, bila dapat handphone, pelajaran merosot juga, jadi bila handphonenya hilang saya rasa ada hikmahnya...Tahun ni PMR, jadi adalah alasan untuk tangguhkan beli handphone baru....
Post a Comment