Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo bertindak sebagai media rasmi pada pesta kali ini.
Monday, 16 April 2007
PESTA PANCING PORT DICKSON 2007 MERIAH
PESTA Pancing Port Dickson 2007 telah berjaya dianjurkan dengan meriah sekali. Ianya dapat menarik lebih daripada 700 kaki pancing dari seluruh negara menyertainya.
Pesta tersebut yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS), Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dan Persatuan Nelayan Bagan Pinang telah diadakan di sepanjang Pantai Bagan Pinang. Dikhabarkan sepanjang 2 Km pantai tersebut telah dipenuhi dengan kaki pancing dan peminat-peminatnya.
YB Sdr. Mohd Faizal bin Ramli, ADUN Bagan Pinang yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Negeri (memakai topi BN di tengah) sedang bersedia untuk melancarkan pesta tersebut.
Peniaga `chicken wing' panggang pun tak menang tangan.
Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo bertindak sebagai media rasmi pada pesta kali ini.
Pesta yang menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan yang berjumlah RM13,000.00 dan hamper-hamper tersebut akhirnya dimenangi oleh En. Ayob Mat Usup, 43, iaitu seorang pemandu di stesen Janakuasa Tuanku Jaafar TNB dengan menaikkan ikan caping belang seberat 4.4 kilogram. Beliau membawa pulang wang tunai RM7,000.00 .
Tempat kedua pula di menangi oleh seorang suri rumah, Rosni Aris dari Kampung Baru Si Rusa dengan menaikkan ikan daun baru seberat 565 gram. Beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM3,000.00 .
Tempat ketiga pula dimenangi oleh Ali Sakeh, 46, yang berjaya menaikkan ikan Bayan seberat 450 gram dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.00 .
Akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo bertindak sebagai media rasmi pada pesta kali ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
wah! lama betoi tak gi PD...
dulu penah keja sana....sewa umah kat kg Bagan Pinang tu la....
salam:)
Kg. Bagan Pinang tu Kg. Saya, Sudi-sudikan lah datang PD.
Banyak lagi program menarik akan berlangsung di PD.
Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, jadi Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com
Asa loan lending company are ready to loan you any amount you need to start up your personal business. we give out loan at 3% interest rate, so Kindly apply for agricultural farming loan. if you need loan contact our email:asaloantransfer@gmail.com, you can also contact this email:finance_institute2015@outlook.com
Post a Comment