ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday 9 April 2007

PESTA PANCING PORT DICKSON 2007

PORT DICKSON sebenarnya tidak pernah sunyi. Selain menerima kehadiran ramai pengunjung pada setiap minggu, Port Dickson juga di meriahkan dengan berbagai aktiviti yang menarik. Sekiranya minggu lepas telah berlangsung PD International Half Marathon 2007, minggu ini pula Port Dickson akan menyambut kedatangan kaki pancing yang akan menyertai pertandingan Pesta Pancing Port Dickson 2007.

Pesta pancing ini dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Sembilan (MTPNS), Pejabat Daerah dan Tanah Port Dickson dan Persatuan Nelayan Bagan Pinang akan berlangsung pada hari sabtu 14 April 2007 di Pantai Bagan Pinang, Batu 3, Port Dickson, Negeri Sembilan. Masa yang diperuntukkan adalah 4 jam iaitu diantara pukul 2.00 petang hingga 6.00 petang.

Pesta Pancing Port Dickson 2007 di adakan sempena dengan Pesta Air Nasional Peringkat Negeri yang khabarnya menerima sambutan hangat apabila lebih daripada 300 peserta telah mendaftarkan diri. Sementara itu pihak penganjur masih lagi membuka penyertaan daripada kaki pancing yang berminat untuk menguji kehandalan masing-masing untuk menaikkan pelbagai spesies ikan yang terdapat di sini.

Untuk pesta pancing kali ini, yuran penyertaan di kenakan sebanyak RM30.00. Manakala hadiahnya pula adalah RM7,000.00 untuk juara, RM3,000.00 untuk tempat kedua, RM1,000.00 untuk tempat ketiga. Penganjur juga turut menyediakan hadiah kepada pemenang tempat ke 4-10 iaitu masing-masing sebanyak RM100.00 manakala pemenang tempat ke 11-20 akan menerima RM50.00. Bagi pemenang tempat 21-40 juga tidak akan pulang dengan tangan kosong kerana mereka juga akan membawa balik hamper yang disumbangkan oleh para penaja.

Bagi memeriahkan lagi pesta pancing kali ini, pihak penganjur juga akan menyediakan acara sampingan iaitu gerai jualan, temasya layang-layang dan cuba-cuba karaoke pada hari jumaat 13 April 2007 dan pada hari sabtu 14 April 2007 acara pertandingan mewarna kanak-kanak juga turut akan diadakan. Oleh itu apabila kita sibuk memancing, kita tidak perlu risau dengan anak-anak kita kerana mereka telah disediakan aktiviti.

Oleh itu kepada kaki pancing semua, apa di tunggu lagi, datanglah beramai-ramai, menang atau kalah adalah adat pertandingan. Kalau rezeki kita tidak ada pada tahun ini, kita tetap juga tidak akan rugi, kerana kita dapat merehatkan minda di pantai peranginan yang bersih dan penuh dengan panorama yang indah ini.

SELAMAT MEMANCING!!!

4 comments:

bentdaniell said...

wah makin meriah port Dickson sekarang ya kak..saya orang Sarawak tapi dulu menuntut di politeknik port Dickson..memang banyak kenangan yang indah di port Dickson tersebut..apa pun terima kasih kerana akak mengingatkan saya dengan salah satu kenangan yang paling bermakna dalam hidup saya..menjadi Mahasiswa politeknik Port Dickson

Roshatika said...

Oh dulu Poli PD, Kenal akak tak? sebab dulu ramai budak poli PD yang kerja dengan akak.

Anonymous said...

MMM..Saya tak pernah ke negori..saya nak melancongi ke nogori lah cuti ni & ke PD.

Roshatika said...

Selamat datang En Zahiramli, bawa keluarga dan kawan-kawan sekali. Terima kasih.