ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Thursday 10 May 2007

PANTAI PD TIDAK AKAN DITUTUP

BERITA HARIAN dan Utusan Malaysia hari ini melaporkan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tiada kawasan pantai di Port Dickson akan ditutup mulai bulan depan bagi memberi laluan kepada projek penambakan pantai.

Beliau berkata laporan akhbar mengenai penutupan tiga kawasan pantai itu berpunca daripada kekeliruan notis yang dikeluarkan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) kepada peniaga di tiga lokasi berkenaan.

Katanya, notis peringatan bertarikh 5 Mac 2007 itu sepatutnya memaklumkan peniaga gerai makan di pantai Batu 1 1/4 Jalan Seremban dan Tanjung Biru Batu 10 serta gerai makan dan kraftangan Telok Kemang supaya membuat persiapan dipindahkan bagi memberi laluan kepada kerja menaik taraf lokasi perniagaan.

Bagaimanapun katanya berlaku kekeliruan apabila notis turut memaklumkan penutupan pantai untuk kerja penambakan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dikatakan bermula jun ini tetapi dua perkara berkenaan sebenarnya tidak ada kaitan sama sekali.

Projek mulai Jun ini ialah kerja menaik taraf kawasan perniagaan saja kerana peruntukan sudah diperoleh daripada Kementerian Pelancongan. Bukan penutupan pantai untuk tujuan penambakan dan pengindahan kerana belum ada keputusan dibuat berhubung perkara itu.

Menteri besar menambah, gerai di tiga lokasi tersebut memang akan dibangunkan semula tetapi bukan bermakna peniaga akan dipindahkan segera tanpa memikirkan masa hadapan mereka.

Tambahan pula, jelasnya kerajaan negeri memberikan tempoh yang panjang supaya peniaga di kawasan itu dapat mencari lokasi baru dan berbincang dengan pihak MPPD. Peniaga tidak perlu risau kerana kerajaan negeri tidak akan menutup kawasan gerai itu kalau peniaga tidak diberikan alternatif lain untuk menjalankan perniagaan.

SEMENTARA itu Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Tenku Idris Tenku Hadi mengaku wujud kekeliruan dalam notis yang dikeluarkan kepada peniaga di tiga lokasi pantai sehingga menimbulkan tanggapan pantai itu akan di tutup untuk projek penambakan.

Tenku Idris memberikan jaminan kepentingan 63 peniaga di tiga lokasi berkenaan akan diutamakan. Mereka akan ditempatkan di tapak sementara yang akan ditetapkan kelak untuk terus menjalankan perniagaan sehingga projek naik taraf kawasan perniagaan sedia ada siap sepenuhnya.

Mengulas cadangan penambakan pantai, beliau berkata MPPD mengalu-alukan projek tersebut kerana pantai di dapati sudah sempit dan hanya kira-kira tiga meter dari gigi air akibat hakisan.

Mengambil contoh Pantai Saujana yang telah siap ditambak sepenuhnya meunjukkan kesan positif apabila semakin ramai pengunjung datang kerana mempunyai pantai yang luas dengan pasir yang putih.


5 comments:

Anonymous said...

salam puan,

maaf, sy posting kat sini berkenaan caj2 yg dikenakan oleh BIMB.

1. Ianya bukan riba. Ianya merupakan caj yg digariskan oleh Bank Negara Malaysia. Jika puan berurusan, dgn Bank konvensional yg lain pun atau mana2 perbankan Islam spt Maybank Wadiah, caj tersebut masih tetap dikenakan.

2. Cuma di Bank2, pihak cawangan beberapa kali melanggar prosedur disebabkan atas budi bicara utk 'hold'kan cek tersebut sebelum clear atas dasar perihatin kepada masalah pelanggan. Tapi biasa utk kali pertama atau kedua sahaja.

3. Puan sepatutnya menyediakan baki secukupnya lebih awal, kerana takut berlaku masalah kpd mesin CDM serta sistem. Masalah ini (offline) biasa berlaku di semua bank termasuk foreign bank spt Citibank, HSBC dan StanChart.

4. Walaupun puan mengadu kepada bank negara atau Banking Mediation Bureau, saya yakin kes ini tidak akan berpihak kpd puan.

5. Dlm kes puan, saya percaya pihak cawangan melanggar sekali lagi prosedur krn tidak melaporkan kpd Biro Maklumat Cek, BNM, ini pun atas budi bicara, sbb jika ianya dilaporkan akaun puan akan terus diblock dan tidak dibenarkan membuka mana2 akaun semasa di semua bank di malaysia.

6. Walaubagaimanapun saya bersimpati kpd puan, tetapi percayalah sebenarnya Bank Islam adalah sebuah Bank 'Islam', cuma masalahnya ia masih dikawal selia serta kekangan oleh badan yg belum betul2 Islam. Spt Kem Kewangan, BNM dan juga PNB spt caj2 yg dikenakan tadi. Pihak bank Islam terpaksa menurut prosedur BNM.

7. Pada pendapat saya, pihak perbankan Islam masih jauh ketinggalan berbanding perbankan konvensional kerana tiada sokongan kerajaan. pihak kerajaan hanya menyokong secara dasar shj tetapi tidak secara teknikal.

8. Cadangan saya : pihak kerajaan sepatutnya menyokong penuh dengan memindahkan semua akaun AG ke bank2 Islam. Spt kerajaan kelantan pernah memindahkan semua wang AG ke Bank Islam. Ini akan meningkatkan aset bank dan dlm masa yg sama pihak bank boleh menurunkan kadar pembiayaan kpd pihak pelanggan serta menghasilkan produk yg lebih kompetetif. Hasilnya Bank Islam merupakan bank tempatan terbaik di kelantan. Cawangan tersebut juga merupakan cawangan Bank Islam terbaik di Malaysia.

9. Harapan sy kes puan dapat diselesaikan dgn baik, dan saya amat kagumi semangat puan.

Sekian, wassalam

Khairol Azli Mohamad
Pelanggan setia perbankan Islam dan Takaful.
izali@tm.net.my

Anonymous said...

Maknanya mengikut arahan Bank Negara Malaysia? So,agama boleh di tindas dengan undang-undang manusia. Lebih baik xde langsung daripada macam tu.

Maaf,saya tidak bersetuju dengan pendapat anda.

Roshatika said...

Khairolazli, T/kasih diatas keperihatinan sdra diatas masalah saya.

Tapi pandangan saya perkara yang haram tidak menjadi halal kerana semua orang mempraktikkannya dan juga kerana kekangan.

Yang haram tetap haram dan bila kita sebut perbankan Islam maka semestinya bukan diasaskan oleh pemikiran manusia tetapi mestilah berlandaskan al-Quran dan hadis.

Roshatika said...

Berbalik kepada penambakan pantai PD, saya nampak ada kesan positif seperti yang telah dilakukan di Pantai Saujana.

Untuk pengetahuan semua, Pantai Saujana Batu 4 telah siap ditambak sepenuhnya, sekarang kawasan pantai menjadi luas.

Oleh itu berbagai aktiviti dapat dijalankan di kawasan pantai tersebut terutama sukan pantai.

edifier said...

salam kak ros...

add la saya kat http://mysite-articles.blogspot.com..nak kenal ngan kak ros la

babai