ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Saturday, 12 May 2007

TEMPAT LAHIRNYA PAHLAWAN

[Saya ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Zila (www.frompeedeewithlove.blogspot.com) kerana memberikan saya maklumat-maklumat berguna untuk artikel ini]

SEKIRANYA anda pernah berkunjung ke Port Dickson, sudah tentu anda akan dapat melihat terdapat banyak kem-kem tentera darat yang berselerak di daerah ini. Salah satu yang agak popular adalah Pusat Latihan Asas Tentera Darat atau lebih dikenali dengan nama PUSASDA.


PUSASDA dengan slogannya `Tempat Lahirnya Pahlawan' adalah Pusat Latihan Asas bagi anak-anak muda yang ingin menjadi seorang tentera darat. Mereka akan ditempatkan di kem ini selama enam bulan untuk menjalani latihan asas tentera darat sebelum di hantar ke kem-kem di seluruh negara.


Saya tergerak untuk menulis berkenaan perkara ini adalah kerana pada hari ini diadakan Upacara Perbarisan Tamat Latihan kepada rekrut-rekrut tersebut sebelum dihantar bertugas menjaga keselamatan negara.

Terkenang juga sewaktu zaman remaja, aku begitu dekat dengan mereka kerana selalu mengikut abah mengambil gambar kerana abah adalah jurugambar rasmi Angkatan Tentera.



Tiada apa yang dapat aku sumbangkan kepada kalian semua, cuma lagu ini aku tujukan khas kepada kalian sebagai tanda menghargai jasa-jasa kalian menjaga keselamatan negara.

Pahlawanku

Pahlawanku
Pergilah berjuang untuk bangsa
Jangan ragu
Namamu tetap dipuja

Biar mati
Sebagai pahlawan yang sejati
Jangan undur
Jasamu kelak bertabur

Selamat kau pergi
Selamat kembali
Dengan hati suci
Dan tak takut mati

Pahlawanku
Menuju ruang ke medan perang
Jangan takut
Sebagai askar berjuang


Akhir kata, Syabas Pahlawanku, taburlah jasa selagi nyawa dikandung badan. SELAMAT BERJUANG.


1 comment:

Anonymous said...

bos, saya punya blog memang kena hacked. Bos try bukak pakai internet explorer.Geram betul.Saya baru sampai negeri sembilan tadi.Terus g cc kejap nak tengok.