ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Friday, 18 May 2007

SOTONG MASAK HITAM

Hari ini kami sekeluarga makan sotong masak hitam. Biasalah bila dah kahwin dengan orang Kelantan mestilah tahu sikit sebanyak cara masakan mereka. Resepi ni saya belajar dari arwah nenek sebelah suami. Kuahnya memang hitam pekat dan nampak tak berselera tapi bila makan tahulah betapa sedapnya....Resepinya senang aje, cuma masukkan gula melaka dan garam secukup rasa. `Dakwat' hitam sotong memang sengaja tidak dibersihkan supaya memekatkan kuahnya.



Aisyah memang berselera betul, tengoklah mulutnya hitam legam. Malu bila gambarnya diambil.


"Mama tolong basuhkan mulut saya"


Bagi mereka yang ingin mencuba resepi ini bolehlah. Memang sedap dan menyelerakan. Bagi mereka yang berasal dari Kelantan sudah tentu masakan ini tidak asing bagi mereka.


2 comments:

Ray said...

Opps!
Maksud akak, sotong singgang hitam nih HANYA ada di Kelantan ? Kat belah Pantai Barat memang tak ada ker ? Yer, mok ambo sokmo buak resipi nih .. simply delicious !

Ada masakan Itali yang dikenali sebagai " Spaghetti al Nero di Seppia " - spaghetti dalam dakwat sotong ! Hitam sehitam hitamnya. Kalu makan bibir jadi hitam. Pernah makan tapi tak pernah jatuh cinta. Ternyata cinta hati saya tetap kepada sotong singgang kuah hitam itu !

Ha ha

Roshatika said...

Akak memang suka masakan ni sebab senang memasaknya dan semua anak-anak akak menyukainya.

Dulu takut juga nak makan takut keracunan,tapi bila dah makan terus jatuh cinta.

Tak sangka pulak orang Italy pun suka dakwat sotong tu.