SEBENARNYA hari ini saya tidak bercadang untuk menulis apa-apa di blog saya kerana besok pagi terpaksa bangun awal ke Stesyen kereta api Seremban menjemput dua puteri yang balik bercuti daripada Kelantan.
Tetapi kerana sudah biasa tidur lewat, mata pula tidak dapat dipejamkan. Jadi sempatlah singgah ke blog-blog yang lain. Daripada banyak-banyak artikel yang dibaca hari ini saya tertarik dengan satu cerita yang ditulis oleh Sikumbang. Katanya cerita ini diperolehinya semasa menghadiri kursus motivasi tidak berapa lama dulu.
Saya memang belum pernah mendengar cerita ini dan rasanya boleh berkongsi dengan pembaca blog saya pula. Menurut Sikumbang cerita ini penuh dengan pengertian bagi seseorang yang ingin menuju puncak. Cerita ini bukan fantasi tapi realiti kehidupan yang penuh dengan cabaran. Ikutilah cerita ini yang saya petik dari blog beliau Destinasi Kumb@ng.
Inilah kisahnya…
Pada suatu hari ada sekumpulan katak-katak kecil, yang berlumba mendaki. Tujuannya adalah mencapai puncak sebuah menara yang sangat tinggi.
Penonton berkumpul bersama mengelilingi menara untuk menyaksikan perlumbaan dan memberi semangat kepada para peserta.
Perlumbaan dimulakan…
Secara jujur…
Tak satu pun penonton yang benar-benar percaya bahawa katak-katak kecil akan mencapai puncak menara.
Terdengar suara:
“Oh, jalannya terlalu sukar. Mereka TIDAK AKAN sampai ke puncak.”
atau
“Tidak ada kesempatan untuk berjaya…Menaranya terlalu tinggi!!”
Katak-katak kecil yang mendaki mula berjatuhan. Satu persatu.
Kecuali mereka yang tetap bersemangat mendaki menara perlahan-lahan semakin tinggi dan semakin tinggi.
Penonton terus bersorak!!
“Terlalu sukar!!! Tak seorangpun akan berjaya!!!
Lebih banyak lagi katak kecil lelah dan menyerah…
Tapi ada SATU yang meneruskan usaha sehingga semakin tinggi dan tinggi. Dia tak akan menyerah.
Akhirnya yang lain telah menyerah untuk menaiki menara. Kecuali satu katak kecil yang telah berusaha keras menjadi satu-satunya yang berjaya mencapai puncak!
SEMUA katak kecil yang GAGAL ingin tahu bagaimana katak ini boleh melakukannya. Seorang peserta katak bertanya bagaimana cara katak yang berjaya menghimpunkan kekuatan untuk mencapai tujuan?
Ternyata Katak yang menjadi pemenang itu PEKAK!
Hikmah dari cerita ini adalah…
Jangan dengar orang lain yang mempunyai kecenderungan negatif ataupun pesimis. Kerana mereka mengambil sebahagian besar mimpimu dan menjauhkannya darimu. Selalu fikirkan kata-kata bertuah yang ada. Kerana segala sesuatu yang kamu dengar dan kamu baca boleh mempengaruhi tingkahlakumu!
Kerana itu:
Tetaplah selalu : POSITIF!
Dan yang terpenting, buat PEKAK jika orang berkata kepadamu bahawa KAMU tidak boleh mencapai cita-citamu!
Selalulah berfikir: I CAN DO THIS!
Sekian.Jumpa lagi.
2 comments:
biarlah apa org nak kata...biarlah apa org nak cerca...yg penting matlamat kita ingin menuju punjak tercapai...orang2 yg cemburu selalu mengungkitkan kata2 yg melunturkan semangat..penyebab kita tersekat di pertengahan jalan..
dengan adunan kekuatan diri yg jitu saja boleh selamatkan diri kita dari terus termangu di dalam lembah kegagalan...
walaupun kisah hanya kisah...kisah yg baik seharusnya dikongsi utk tatapan ramai...mana tau ada antara pembaca di blog ini ambil ikhtibar dan jadikan azimat utk menuju puncak... :)
Terlalu ramai orang yang berfikiran negatif dan tidak mahu melihat kita berjaya berada di sekeliling kita.
Jangan pedulikan itu semua, sebaliknya percayalah pada diri sendiri. I WILL I CAN.
Post a Comment