ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Thursday 3 May 2007

JALAN-JALAN CARI MAKAN

BUKAN nak tiru Maria Tunku Sabri ya!, jalan-jalan cari makan, cuma rasa badan terlalu penat. Bila dapat jalan-jalan macam ni, hilanglah sikit penat. Daripada semalam hinggalah hari ni, Port Dickson dibanjiri ribuan pengunjung. Ramainya memang agak luar biasa sikit.

Bila dah ramai pengunjung, jalan pun sesak, pergerakan semuanya lambat. Tetapi perniagaan memang baguslah, bak kata orang tak menang tangan. Itulah sebabnya badan rasa dah penat sangat.

Bila dah penat tu, blog pun tak sempat nak layan. Post pun terpaksalah yang simple-simple macam ni aje. Memang ada beberapa artikel yang sedang disiapkan, tapi tak siap-siap lagi.

Rasanya kesibukan ni akan berlanjutan hingga ke hujung minggu ni kerana ramai lagi yang sambung cuti. Minggu depan pula akan balik Kelantan, kampung suami untuk tengok anak-anak yang sekolah kat sana.

Jadi malam ni bila ada kelapangan sikit dapatlah jalan-jalan sambil rehatkan badan dan minda. Anak-anak sporting pulak tu, jadi dapatlah kami jalan berdua aje....


Tadi masa jalan-jalan terjumpa kawan lama, lepas borak cerita dulu-dulu, dia cadangkan tempat makan yang sedap katanya. Restoran tu terletak di Jusco Seremban. Saya pun teruslah ke sana. Namanya Johnny's Restaurants iaitu restoran masakan Thai, tapi yang special kat sini adalah steamboat.


Kalau dulu masa kat KL, saya suka makan steamboat kat Restoran Nelayan Titiwangasa. Memang best betul, tapi kat restoran ni pun kira ok jugalah. Walaupun tak banyak varieti tapi sosnya memang sedap. Harga pun boleh tahan, tak mahal sangat.


4 comments:

Monster Mom said...

Yummy! Tak sabar rasanya nak balik malaysia... nak makan banyak banyak!!

Anonymous said...

wah jadi lapar ni mbak,
jangan bosen-bosen kalau ada photo baru

Anonymous said...

Jimie suka datang ke blog ini sebab Ros suka paparkan tempat yg Ros pegi makan, bole jadikan sbg blog jalan2 cari makan gak ni... Hee..hee... Kat Penang pun banyak gak tempat2 mkn yang menarik. Jemput la datang.

Errr...Hubby org Klate kerr...?? Jimie woreh ore klate :)

~ mizzAmy ~ said...

~ sangat teruja biler tgk udang2 tue. so yummmyyy..... saya nie pencinta udang. hari2 mkn udang pun tak per. hehehehe...

tetiber jer perut dah bunyi lagu keroncong. tunggu masa nak g lucnh jer nie. :) ~