ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday 9 May 2007

JUMPA DOKTOR

Masa jumpa Dr. Mohd Daud bin Yahya, Pendaftar Perbidanan dan Sakit Puan, Hospital Pusrawi.

KEBELAKANGAN ini saya memang tak berapa sihat, kandungan saya dah masuk lima bulan. Muntah-muntah dan loya memang dah lepas tetapi sekarang datang masalah lain. Semalam pergi jumpa doktor kat Hospital Pusrawi, Kuala Lumpur.

Semalam saya jumpa Dr. Mohd Daud bin Yahya (Pendaftar Perbidanan dan Sakit Puan), itulah antara doktor-doktor yang selalu merawat saya selain Dr. Haji Salleh bin Mohd Yatim (Pakar Perunding Perbidanan, Sakit Puan dan Rawatan Kesuburan) dan Dr. Norkedah binti Rahani (Pendaftar Perbidanan dan Sakit Puan).

Kalau nak tahu kenapa saya suka Hospital ini adalah kerana doktor-doktornya yang sangat peramah dan mengambil berat tentang saya. Sebab itulah walaupun dah berpindah ke Port Dickson, saya masih sanggup datang ke sini.


Menunggu giliran untuk berjumpa Doktor.

Saya memang dari anak pertama lagi bersalin kat sini iaitu dari Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI), Jalan Ipoh dan sekarang sudah menjadi Hospital Pusrawi dan berpindah ke bangunan baru di Jalan Tun Razak.

Semalam doktor kata saya kena control makan, takut gula lebih dalam darah dan memberi kesan kepada kandungan. Lebih-lebih lagi doktor risau bayi yang saya kandung besar dan susah masa melahirkan nanti. Saya pun dah janji dengan doktor tak makan yang sedap-sedap lagi, minum pun air suam aje. Betulkan Dr. Daud?


Dah nak balik, lepas ambil ubat.


Pengalaman bayi besar pernah dialami semasa melahirkan Aisyah. Masa itu berat Aisyah mencapai 4.5 kg. Susah betul masa melahirkannya sehingga doktor pun `takut' dengan keadaan tersebut. Masa itu Aisyah disambut oleh Dr. Norkedah.

Suami yang duduk di sebelahku pun panic apabila Aisyah hanya dapat dikeluarkan kepala aje kerana bahunya tersangkut. Tetapi alhamdulillah kerana pengalaman doktor, Aisyah akhirnya dapat dilahirkan dengan selamat.

Akhir sekali saya berdoa supaya kandungan kali ini pun akan dilahirkan dengan selamat. Insya-Allah.


11 comments:

TeacherNunu said...

seronokny baca pengalamamn akak..terbayang mcm mane lah nanti bila sy pregnant..hekss...:_

Roshatika said...

Cikgu Nurul, Orang kata bila kita bersalin ni kita bertarung dengan nyawa tapi bila tengok anak yang cute-cute tu yang tak serik-serik untuk mengandung lagi.

Anonymous said...

Betul tu kata Tika, jagalah kesihatan tu baik2.. lagi satu saya syorkan minum susu anmum.. baik untuk anak tu nanti dan lagi satu jgn lupa minum susu kambing..ha..ini petua nak mengelak kekuningan pd bayi tu nanti.. saya bagi wife saya minum semua tu masa dia mengandung, alhamdulillah.. takder apa2..

Juezura said...

Tika ..semoga Tika berada di dalam keadaan sihat sejahtera sehingga saat selamat melahirkan, InsyaAllah

Dr Azwan said...

Bagi akak minum susu kambing tak per... jangan bagi baby minum susu kambing... :)

Roshatika said...

Amir, kat mana saya blh dapatkan susu kambing?

Roshatika said...

Kak long, t/kasih, harap-harap kandungan saya tak sebesar Aisyah. Kalau tidak memang susah melahirkan. Saya memang takut kalau kena operation.

Roshatika said...

Dr Azwan, baby tak blh minum susu kambing ke? Akak pernah berpengalaman anak kena kuning. Masa tu ada juga bagi susu kambing. Tak tahu pulak tak boleh.

Anonymous said...

Ros...Selamat Menyambut Hari Ibu. :)
Errmm...Jimie pun teringin nak cahaya mata ketiga tapi tak der rezeki lagi kot.

Roshatika said...

Jimie, t/kasih. Sabarlah ya! nanti ada lah tu!

Unknown said...

service untuk wanita area jb watsap hai 0197979114