ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday, 15 August 2007

INA NAIM.....

Pada 12 Ogos 2007, Nordiana Md. Naim yang lebih dikenali dengan Ina Naim iaitu bekas tunangan Mawi telah selamat dinikahkan dengan Mohd. Suhaimi Saad iaitu bekas anggota kumpulan nasyid In-Team.

Suhaimi, seperti yang dilaporkan adalah graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan kini bertugas sebagai seorang guru. Secara zahirnya dilihat Suhaimi adalah seorang yang warak dan mematuhi perintah Allah. Saya percaya dia akan dapat membimbing Ina ke jalan yang diredhai.

Saya sebenarnya bukan ingin bercerita tentang kisah cinta Ina dan Mawi atau kisah pernikahan Ina dan Suhaimi tetapi ingin mengimbas kembali bagaimana kecewanya Ina selepas putus tunang dengan Mawi. Seperti yang dilaporkan Ina pernah beberapa kali pengsan kerana sangat kecewa dengan perkara tersebut.

Saya sebenarnya teringat kisah Frank Slazak iaitu seorang calon angkasawan yang tidak terpilih pada saat akhir untuk menjadi seorang angkasawan seperti yang pernah saya ceritakan di dalam artikel yang bertajuk `Tuhan lebih mengetahui’.

Beliau yang sangat kecewa dengan kegagalan tersebut telah diberikan jawapan oleh Penciptanya selepas tujoh puloh tiga saat Challenger dilancarkan dan meletup yang mengorbankan semua anak kapalnya. Barulah dia sedar kegagalannya adalah kerana Tuhan mempunyai alasan lain iaitu untuk dia terus hidup di atas muka bumi ini.

Ina Naim juga bagi saya telah ditunjukkan oleh Allah jawapannya kenapa dia tidak dijodohkan dengan Mawi. Ianya adalah kerana Allah ingin mengurniakannya yang lebih baik. Sudah tentu Ina sekarang bersyukur kepada Allah kerana tidak memakbulkan doanya dulu untuk hidup bersama dengan Mawi.

Oleh itu sentiasalah bersyukur dengan apa yang ditakdirkan untuk kita. Allah sebenarnya lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita di masa hadapan.

Ingatlah sekiranya Allah mengatakan YA kepada setiap apa yang kita impikan, maka kita akan mendapatkannya. Tetapi apabila Allah mengatakan TIDAK, maka mungkin kita akan dapat apa yang lebih sesuai untuk kita. Dan apabila Allah mengatakan TUNGGU, maka mungkin kita akan dapat apa yang terbaik sesuai dengan kehendakNya.

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum..
syukur Alhamdulillah kerana ukhti ina dan akhi mie telah selamat diijabkabulkan.ana amat berharap agar ukhti ina akan menjadi isteri yang terbaik utk akhi mie dan semoga kebahagiaan berkekalan utk kalian.buat ukhti ina, bersyukurlah dengan anugerah yang telah diberikan kerana Allah telah makbulkan doa ukhti ina utk mendapat jodoh yg baik utk diri ukhti ina.ukhti cuma minta yang baik tapi Allah telah anugerahkan yg PALING TERBAIK utk jadi teman hidup ukhti ina..salam kebahagiaan utk INA NAIM & SUHAIMI SAAD.