ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday, 12 August 2007

LAPAN FAKTA TENTANG SAYA

SEBENARNYA saya telah di tag oleh CikguAzleen untuk menyenaraikan lapan fakta tentang diri saya. Untuk tugasan ini saya harus mematuhi empat peraturan iaitu:-

a.
Saya dikehendaki post peraturan ini sebelum menyenaraikan lapan fakta tersebut.
b.
Menyenaraikan lapan fakta tentang diri saya.
c.
Pilih lapan blogger lain untuk di tag.
d.
Tinggalkan komen di blog mereka menyatakan mereka telah di tag.


Kerana saya telah menyahut tugasan ini maka di bawah ini saya senaraikan lapan fakta tentang diri saya yang mungkin anda semua tidak mengetahuinya.


1. Tidak pernah bercita-cita menjadi usahawan

Semenjak kecil saya bercita-cita untuk menjadi Pramugari, model ataupun pelakon. Tetapi entah macamana akhirnya saya menjadi seorang usahawan.


2. Menolak impian yang hampir tercapai

Setelah memenangi Pertandingan Ratu Cantik Pesta Port Dickson 1989, impian saya untuk menjadi model atau pelakon hampir menjadi kenyataan. Saya mendapat tawaran untuk menjadi model bagi agensi Datin Seri Tiara Jacquliena dan juga mendapat tawaran untuk berlakon di dalam iklan Salem High Country. Tetapi saya menolaknya kerana memilih untuk berkahwin di usia muda iaitu 19 tahun.

Tetapi selepas berkahwin dan mendapat anak, saya sempat juga menjadi model memperagakan busana muslimah untuk majalah ANIS.


3. Pernah menjadi guru sandaran dan Penyambut tetamu

Selepas tamat peperiksaan SPM, saya menjadi guru sandaran di SMK Bukit Saujana, Port Dickson mengajar murid-murid peralihan Tingkatan satu. Sehingga sekarang saya masih lagi di panggil `cikgu’ oleh bekas anak murid.

Saya juga pernah menjadi penyambut tetamu di Tanjung Tuan Beach Resort, Port Dickson, semasa menunggu keputusan SPM.


4. Menyambung pelajaran setelah mempunyai dua orang cahaya mata

Selepas STPM saya mendirikan rumah tangga dan menyambung semula pengajian ke peringkat diploma dan kemudiannya diploma lanjutan setelah mempunyai dua orang cahaya mata. Masa pengajian tersebut saya pernah belajar satu kelas dengan pelakon Eizlan Yusuf dan pengacara Intan Suraya.


5. Suka makan berulamkan cili padi

Saya memang suka makan berbagai jenis ulam-ulaman tetapi yang peliknya saya paling suka berulamkan cili padi. Lagi pedas lagi banyak saya makan.


6. Suka jus limau kasturi

Kalau minum, saya memang suka jus limau kasturi yang masam itu. Tetapi bukan setakat jus tersebut saya minum tetapi saya juga memakan buah limau kasturi tersebut dengan kulitnya sekali.


7. Gayat tempat tinggi lebih-lebih lagi yang bergoyang

Pernah semasa di Taman Negara menaiki titi gantung, saya tersangkut di tengah-tengah kerana gayat sehingga tidak dapat berjalan ke depan atau belakang dan akhirnya saya `diselamatkan’ oleh pekerja yang mengawasi titi gantung tersebut.


8. Suka budak montel

Sekiranya saya ternampak budak montel, saya sanggup mengejarnya dan mencubit pipinya walaupun saya tidak mengenali budak tersebut. Oleh itu sekiranya anda mempunyai anak yang montel, jangan terperanjat sekiranya terjumpa dengan saya dan saya mencubit pipinya.

Saya rasa itulah antara fakta-fakta atau kepelikan diri saya yang saya ingat pada waktu ini. Maka tugas saya yang seterusnya adalah memilih lapan blogger lain untuk melakukan perkara yang sama.

Oleh itu disini saya memilih lapan blogger wanita untuk meneruskan aktiviti ini. Blogger-blogger lelaki di harap jangan marah.

1. Kak Long daripada Simfoni Hati

2. Zilaso7 daripada From peedee with love

3. Aminbakish daripada Catatan Sikenit

4. nAtsUmi daripada nAtsUmi

5. Ira daripada Cintaku

6. Mizzamy daripada The diary of garbera

7. Wanorizan daripada Recipes from around the world

8. Waliz daripada The partner for life


Kepada pemilik-pemilik blog yang telah di tag oleh saya, terpulanglah kepada anda untuk meneruskan tugasan ini semoga hubungan sillaturrahim diantara kita dapat di perpanjangkan.

Sekian, terima kasih.



10 comments:

kumb@ng said...

menarik gak fakta tentang akak kita ni..hehe.. :D

~ mizzAmy ~ said...

~ saya di tag? erm, nanti saya buat ekh... :) ~

nAt aka nAtsumi said...

saya kene tag! muahahaaa... nanti saya ad kesempatan saya pasti buat.. insyaallah...

p/s: ratu cantik pd tu... ada gambar tak? nak je den nengok roman eh?

Roshatika said...

kumbang, hehe T/kasih.

Roshatika said...

Amy, buat jangan tak buat tau. Harap-harap tak menyusahkan.

Roshatika said...

nAt, Boleh baca dan tengok gambar-gambar sekali kat post bulan April 2007 bawah tajuk Ratu Cantik Pesta Port Dickson 1989.

Antara juri malam tu adalah Dato' Sarimah Ahmad dan Datin Seri Tiara Jacquliena .

Waliz said...

tika..tq sebab tag i..tapi i masih baru dalam blog memblog ni so x tau lagi..tpi mesti cuba..dah tau sikit2 tapi tunggu masa yg sesuai nak buat..tungggguuuu..

Ahmad Putra said...

Ratu cantik ke???Menayangkan kecantikan lahiriah perempuan adalah HARAM di sisi Islam..tetapi halal disisi UMNO

luak said...

Bile di tempat tinggi saye suke gigit cili api sambil minum jus limau kasturi agar tidak gayat....he...

Anonymous said...

Salam............saya masih menjejaki kenalan semasa sekolah rendah dulu , pernah dinobatkan Ratu Pesta Port Dickson 88 or 98 tak pasti. Kenal ke dengan nama ni...Siti Intan Baizura ? Jika kenal dantahu dia dimana boleh la info...tapi kalau tak kenal biarkan aje , tak pa.