ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Wednesday 14 February 2007

ALAHAI KONTRAKTOR MELAYU!!

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa sedih apabila kajian menunjukkan secara purata 85.37 peratus projek yang dilaksanakan oleh kontraktor bumiputera pada tahun 2006 mengalir kepada kaum lain.

Menurut Perdana Menteri, fakta itu terdapat dalam Kajian Ketirisan Kontraktor Bumiputera yang dikeluarkan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan Kementerian Kerja Raya pada tahun tersebut.

Katanya, situasi yang berlaku itu telah menggagalkan hasrat kerajaan untuk memaju dan memperkasakan kontraktor bumiputera.

‘‘Dalam konteks lebih besar, bukan itu sahaja, malah ia menggagalkan agenda bumiputera yang sangat penting dalam memastikan negara mencapai kemajuan dan kestabilan jangka panjang.

“Bagi saya, mereka ini tidak mahu bekerja, tidak mahu belajar dan ambil mudah peluang diberikan oleh kerajaan. Oleh itu, kesedaran untuk berubah dan belajar memperbaiki diri perlu dipupuk di kalangan mereka,’’ katanya.

1 comment:

Anonymous said...

yup..saya pun baca gaks..

mungkin kerana 1 kontraktor dapat banyak project atau mungkin juga kerana mau untung cara mudah - tak perlu kerja bila dah pass kat orang lain...

p.s: tak abes2 nk untung cepat tp sekejap :P