ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Friday 2 February 2007

WANITA UMNO

Semalam aku menghadiri mesyuarat AJK Pergerakan Wanita UMNO Cawangan Bagan Pinang yang diadakan dirumah ketuanya Makcik Munah. Macam biasalah berbagai aktiviti dibincangkan bagi menghadapi pilihanraya umum yang tidak berapa lama lagi. Alkisahnya UMNO cawangan Bagan Pinang ni dulunya memanglah gah sebab masa tu dipengerusikan oleh Tan Sri Mohamed Isa Abdul Samad yang merupakan Menteri Besar Negeri Sembilan merangkap Ketua Perhubungan UMNO Negeri Sembilan. Aktiviti-aktivitinya semua meriah kerana mendapat banyak support dan sponsor-sponsor. Maklumlah ketuanya MB. Tapi semenjak Tan Sri tidak lagi memegang jawatan tersebut, aktiviti-aktiviti tidaklah semeriah dulu. Mereka kata tak ada duit. Sponsor-sponsor dulu dah liat nak kasi. Maklumlah dah tak ada peluang untuk cover balik. Nak minta tolong YB (ADUN Bagan Pinang) dia pun baru lagi, muda lagi, sebaya dengan aku dan masa sekolah dulu sama-sama satu kelas di Sekolah Tinggi Port Dickson (STPD). Dari kacamata aku diapun baik, lurus, kata orang tak pandai buat duit. Ahli parlimen pula dari MIC, dah berkurun dah!, tak tahulah bila kerusi parlimen Teluk Kemang ni nak diperuntukan kepada UMNO pula. Bukan UMNO tak minta tapi tak dapat-dapat.
Aku pula dipergerakan wanita UMNO cawangan Bagan Pinang ni, orang kata macam anak-anak orang kaya masa dulu, bila bapa dah tak ada, tak pandai nak cari duit sendiri, sebab dulu duit melimpah ruah. Sekarang baru aku tahu rupa-rupanya sponsor-sponsor ni bukan main bagi free aje. Rupa-rupanya mereka bagi dengan harapan dapat cover lagi banyak. Walaubagaimanapun aktiviti tetap juga kena jalan, pilihanraya dah dekat, bagi aku walaupun terpaksa bergolok bergadai perjuangan mesti diteruskan. Bak kata lirik lagu kesukaanku `kita cuma hanya tinggal kuasa'!!!!! SELAMAT BERJUANG.

1 comment:

bro.izzat said...

Pada saya, kuasa yang ada tapi tidak pandai diguna amat2lah menyedihkan. Lagi kuasa yang ada disalahguna ;)