ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Saturday, 3 February 2007

KEDAI YANG AKU SUKA MAKAN

Hari ni nak cerita tempat yang aku suka makan tengahari, kedai ni diusahakan oleh Ustaz Deris, sebab tu orang panggil kedai ni Kedai Ustaz Deris. Kedai ni dah lama dah, mungkin dah lebih dari 20 tahun, Ustaz Deris pun aku ingat sebaya bapa aku. Aku suka makan kedai ni kerana harganya yang murah dan sedap. Aku rasa kedai yang paling murah pernah aku jumpa kat Port Dickson ni, kedai ni lah. Kedai ni sebaris dengan kedai aku, kat D’MARA batu 4 ni. Kalau orang yang nak cari tempat makan yang duduk sedap maksud aku ada aircond dan sebagainya tak bolehlah, sebab kedai ni simple aje, self service lagi, tapi kalau nak cari yang makan sedap dan murah inilah kedainya. Masakannya adalah masakan kampung yang dimasak sendiri oleh Ustaz Deris dan isterinya. Aku dulu-dulu masa mula-mula makan kat kedai ni, ingatkan Ustaz Deris tersilap kira, sebab murah gile, siap aku tanya lagi Ustaz Deris tapi dia jawab `betul lah tu!'. Maknanya dia bukan salah kira tapi itulah harganya. Sebab tu lah kedai ni menjadi tumpuan bagi mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana. Aku fikir-fikir juga macamana Ustaz Deris boleh jual murah, sampai tak masuk akal harganya. Rupa-rupanya semua kerja kat kedai tu dia buat berdua aje. Dia langsung tak pakai pekerja, lagipun kedainya disewa dari MARA yang sewanya memang murah. Aku dengar juga Ustaz Deris dan isterinya memang rajin, bila ada masa terluang aje mereka suka menanam ulam-ulaman dan sayur-sayuran dibelakang kedainya. Jadi ulam dan sesetengah sayur tak payah dia beli. fresh lagi. Jadi kepada mereka yang teringin makan masakan kampung yang original dengan harga yang murah bolehlah singgah dikedai ni, tapi aku nak pesan supaya datang awal, masa yang paling baik adalah pukul 12.00 tengah hari kerana masa tu makanan baru siap dimasak dan kepada mereka yang datang selepas pukul 1.00 tengah hari, pasti akan `kempunan' kerana makanannya telah habis. Kedai ni dibuka setiap hari kecuali hari ahad. SELAMAT MENJAMU SELERA

No comments: