Thursday, 1 February 2007
JKUPM vs PUD'PS (SIRI 4)
Hari ni aku nak cerita semasa jumpa pegawai MARA hari tu, aku dah janji akan ikut aktiviti persatuan baru ni seperti yang dikehendaki oleh beliau. Aku sama sekali tak akan jadikan teladan mereka yang tidak hadir mesyuarat dan aktiviti persatuan apabila tidak lagi menerajui persatuan. Kalau aku buat macam tu, maknanya aku pun sama macam mereka. Aku kena berfikiran positif. Bagi aku, ahli biasa pun masih boleh memberikan sumbangan yang bermakna. Cuma aku harap mereka yang menerajui persatuan sekarang ni pun kenalah berfikiran positif, jangan fikirkan satu group saja. Berlaku adil lah kepada semua ahli. Kalau jalankan aktiviti rancanglah dengan teliti supaya ianya memberikan faedah kepada semua ahli. Dan yang paling penting adalah sekiranya ditakdirkan pada masa hadapan orang lain yang menerajui persatuan, janganlah tak join balik. Jagalah nama baik persatuan dan hormatilah ahli-ahli disini yang terdiri daripada berbagai latar belakang dan ideologi.
Aku sekarang masih menunggu perjumpan yang akan diadakan oleh Pegawai MARA bersama semua penyewa seperti yang beliau katakan tempohari. Aku juga ingin meminta kebenaran daripada beliau semasa majlis tersebut diadakan nanti supaya diberikan sedikit ruang untuk JKUPM menghabiskan kerja-kerja terakhirnya, terutama berkenaan dengan akaun bank yang masih berbaki diselesaikan. Kemudiannya bolehlah JKUPM dibubarkan dengan terhormat dan sama-samalah kita berganding bahu di dalam persatuan yang baru. Selamat berjaya.

Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment