ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday, 5 March 2007

BANK ISLAM OH! BANK ISLAM : KENAPA ISLAM HANYA PADA NAMA?

Alkisahnya saya telah membuka akaun dengan Bank Islam Malaysia Berhad Cawangan Port Dickson lebih kurang dua tahun yang lepas. Masalahnya saya telah dikenakan caj-caj yang tidak munasabah sepanjang dua tahun tersebut. Anggaran caj-caj yang telah dikenakan kepada saya mungkin melebihi RM10,000-00 (Ringgit Malaysia : Sepuloh Ribu Sahaja).

Dibawah ini saya sertakan surat menyurat saya dengan Bank Islam Malaysia Berhad bagi memudahkan pembaca-pembaca semua memahami situasi yang sebenar. Sekurang-kurangnya perkara ini boleh dijadikan iktibar kepada kita semua. Dapat kita sama-sama fikirkan sama ada perbankan Islam di negara kita ini sebenarnya mengikut kehendak syariah sepenuhnya atau hanya pada nama sahaja kerana masih terikut-ikut sistem perbankan konvensional.

Sehingga sekarang saya masih keliru dan belum dapat pastikan samada caj-caj yang dikenakan kepada saya tersebut adalah satu bentuk riba atau satu bentuk penindasan kerana sehingga sekarang saya masih menunggu surat jawapan daripada pihak Bank Islam Malaysia Berhad. Sekiranya caj-caj tersebut terbukti merupakan satu bentuk riba, kesannya kepada pemegang saham BIMB Holdings Berhad yang merupakan syarikat induk BIMB bukanlah sedikit. Status penyenaraian BIMB Holdings Berhad di Bursa Malaysia sebagai kaunter diluluskan syariah pun boleh dipertikaikan.





Surat pertama saya bertarikh 26hb. September 2005 kepada Ketua Pegawai Operasi BIMB, En. Fazlur Rahman Ebrahim memohon dikembalikan caj-caj tersebut.





Penyata bank yang membuktikan caj-caj tersebut dikenakan kepada saya.


Surat jawapan BIMB kepada surat pertama saya - Tidak dijawab oleh En. Fazlur Rahman sebaliknya dijawab oleh Puan Maria Ahmad, Pengurus BIMB, Rangkaian Perkhidmatan Port Dickson. Jawapannya adalah mengikut prosedur bank kami tanpa menghuraikan samada perkara tersebut adalah satu bentuk riba atau sebaliknya.






Surat kedua saya yang ditujukan kepada Pengarah Urusan BIMB, Yang Berbahagia Dato' Zukri Samat berkenaan perkara yang sama tetapi sehingga sekarang tidak dijawab oleh BIMB.



Surat daripada Bank Negara Malaysia yang menyatakan surat saya telah dirujuk kepada BIMB dan dikehendaki memberikan maklum balas terus kepada saya dalam masa 3 minggu dari tarikh suratnya 22hb. Sept. 2006. Surat arahan daripada Bank Negara Malaysia juga tidak diendahkan oleh BIMB kerana sehingga sekarang sudah hampir 6 bulan saya masih belum menerima surat maklum balas tersebut.