ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Sunday, 4 March 2007

UMNO : Kepadamu Aku Datang..... (Siri 4)

Satu lagi perkara yang tidak sepatutnya diabaikan adalah perpecahan dalaman. Perebutan untuk menjadi calon selalunya menjadi masalah kepada UMNO. Daripada situlah wujudnya puak-puak. Sebenarnya UMNO Kelantan juga kalah kerana masalah-masalah dalaman tersebut. Tidak ada satu pun kawasan Parlimen disana yang cawangan PAS melebihi cawangan UMNO tetapi UMNO kalah kerana tidak mendapat sokongan padu daripada ahli-ahlinya.

Beliau juga selalu mengimbas kenangan semasa pertandingan peringkat bahagian dan kebangsaan. Di rumah itulah selalunya diadakan perjumpaan sekiranya ada pertandingan peringkat bahagian. Untuk pertandingan peringkat kebangsaan pernah Tun Abdul Rahman Abbas (sekarang Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang) berkunjung ke rumah mertuaku sebagai wakil Pak Lah untuk meminta bantuan berjumpa dengan perwakilan-perwakilan bahagian Tumpat. Pada masa itu Pak Lah bertanding untuk jawatan Naib Presiden.

Pernah juga suamiku bercerita disebabkan bapanya yang aktif di dalam UMNO maka satu proposalnya kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang telah diluluskan oleh UPEN telah ditolak oleh Exco kerajaan negeri dengan alasan `anak kepada penyokong kuat UMNO’.

Satu lagi perkara yang perlu aku jelaskan adalah semasa pilihan raya kecil Parlimen Teluk Kemang pada tahun 2000. Pada masa tersebut BN/MIC ditentang oleh Parti Keadilan. Aku pula memberikan sewa premisku untuk dijadikan markas keadilan pusat untuk pilhan raya tersebut. Pada masa tersebut aku sebenarnya langsung tidak berminat dengan politik. Jadi sewaan premis tersebut adalah semata-mata kerana perniagaan. Lagi pun UMNO tidak bertanding dan Parti Keadilan pula menampilkan calon melayu. Aku tidak mahu mengulas perkara tersebut dengan panjang lebar kerana ianya akan menjadi isu yang sensitif. Cukup dengan satu ayat untuk menjelaskan segalanya iaitu `Aku sayangkan agama dan bangsaku melebihi dari segalanya’.

Bersambung......

No comments: