ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Tuesday, 6 March 2007

TRADISI KELUARGA KU!


Anakku Rosaminah Aisyah, alhamdulillah sudah boleh berjalan dengan baik. Jadi mengikut tradisi Jawa sebelah ibuku, dia mesti diraikan dengan `Tongkat Ayam'. Hari ini aku buat tongkat ayam untuknya. Selamat Berjalan Aisyah! Mama sayang padamu.


Inilah tongkat ayam tersebut. Kalau untuk anak-anakku yang lepas, emak aku yang sediakan tongkat ayam tersebut dengan memanggang sendiri ayam tetapi kerana beliaupun tidak berapa sihat, aku pakai ayam `ayamas' ajelah.



Rosaminah Aisyah memegang tongkat ayam tersebut dan berjalan membawanya.



Dia dah mula makan ayam tersebut. Tidak dapat menahan lapar agaknya.


Kemudian ayam itu di makan beramai-beramai.

No comments: