ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA.....ROSHATIKA

Monday, 12 March 2007

NADIAH AMIRAH : PERMATA GEMILANG, PEMBAKAR SEMANGAT ANAK DESA.

Baru-baru ini heboh di akhbar-akhbar arus perdana berkenaan Nadiah Amirah yang memperolehi keputusan 19 A1 di dalam peperiksaan SPM yang lepas. Berita tersebut juga telah dimuatkan di laman-laman web, blog dan juga menjadi perbincangan hangat di forum Wangcyber (www.wangcyber.com).

Berita tersebut telah diberikan publisiti yang meluas kerana Nadiah Amirah di katakan telah memadamkan rekod Nur Amalina. Publisiti yang sebegini saya rasa tidak pernah berlaku sebelum ini.

Pada ketika tersebut saya sebenarnya merasa hairan kerana berita tersebut telah mendahului keputusan rasmi daripada Kementerian Pendidikan Malaysia.

Sebelum keputusan tersebut dikeluarkan, saya sebenarnya telah memilih tajuk seperti di atas untuk artikel ini. Walaubagaimanapun saya fikir lebih baik saya publish artikel ini selepas keputusan rasmi dikeluarkan. Jadi artikel ini saya simpan sebagai draf.

Rupa-rupanya kesangsian saya menjadi kenyataan kerana apabila keputusan sebenar diumumkan Nadiah Amirah hanya memperolehi 18 A dan 1 B.

Saya bukannya ingin mempertikaikan keputusan yang beliau perolehi. Bagi saya keputusan tersebut juga adalah antara yang terbaik, tetapi saya ingin mempersoalkan apakah agenda akhbar-akhbar arus perdana mengeluarkan berita tersebut.

Pada saya perkara seperti ini tidak harus berlaku. Berita-berita yang belum tentu kesahihannya tidak harus dikeluarkan oleh akhbar-akhbar arus perdana.

Pihak Kementerian juga seharusnya membuat pembetulan dengan segera sekiranya akhbar-akhbar tersebut telah tersalah lapor kerana ini melibatkan maruah pelajar itu sendiri.

Untuk adik Nadiah Amirah, janganlah bersedih kerana setiap kejadian ada hikmahnya. Sesungguhnya walaupun anda tidak memperolehi 19 A1 tetapi anda tetap antara yang terbaik.

2 comments:

Labanon FlareBiz said...

Memang kesian kat dier.. pelbagai tekanan yang dapat...

Owh ya kak saya copy artikle kak dan pastekan kat http://forum.jomberniaga.com/viewtopic.php?p=1248#1248

Saya dah beri credit.. harap halal yer :D

jandamuda said...

itulah...
ayam belum bertelur...
tak payah la kata nak goreng telur